'Salam Mrkumai.. saya pelajar tahun akhir U &*^% ingin meminta jasa baik mrkumai untuk mendapatkan maklumat mengenai kampung orang asli untuk kajian tahun akhir saya dan jika boleh mrkumai uruskan kebenaran memasuki kampung dan membuat kajian......"
" Kami nak mintak jasa baik mrkumai untuk uruskan dan berbincang dengan penduduk kampung untuk demonstrasi masakan dan adat mereka seperti tarian.. kami perlu rakamkan"...
Ini antara soalan yang selalu saya terima untuk bagaimana nak membuat kajian dan lawatan pelajar ke perkampungan Orang Asli dan juga latihan pratikal mereka.
Untuk lawatan atau kajian berkenaan Orang Asli, saya selalunya akan menasihatkan untuk menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk urusan kebenaran dan forum pembaca di Berita Harian semalam menerangkan sepenuhnya...
Malah ada yang bertanya kepada saya :
"Kami kesuntukan masa dan kami akan ke sana dua minggu lagi. Boleh tak kami skipkan kebenaran JKOA. Mungkin mrkumai kenal Tok Penghulu (sepatutnya Tok Batin) dan berbincang dengannya tujuan kami ini"
"Kami seramai 5 orang. Ada tak penginapan di kampung orang asli untuk kami tinggal? "..
"Bagaimana dengan pengangkutan untuk ke sana? Boleh tak mrkumai uruskan. Cuma bajet kami sikit maklumlah pelajar..."
Saya melihat pesanan berupa permintaan dan ada nada arahan agak keterlaluan bagi pelajar IPT.
Saya teringat zaman saya menjadi pelajar IPT untuk membuat permohonan pratikal setiap hujung semester selama 4 minggu, kami akan menelepon sendiri, menguruskan sendiri pengangkutan (hatta menumpang naik lori), tinggal dengan pekerja ladang di kuarters pekerja dan makan seadanya.
Tidak pernah kami meminta kemudahan penginapan, pengangkutan dan apatah lagi elaun untuk tujuan ini kerana sudah diberi tempat untuk pratikal sudah memadai...
Harap-harap ada yang tidak lagi meminta saya menguruskan bagi pihak mereka kebenaran yang berkaitan.
Letih dik ... sebagai pelajar IPT, untuk meminta saya menguruskan kebenaran mencermin mentaliti dan betapa rapuhnya kredibiliti anda sebagai seorang pelajar IPT yang mahu senang semata...
Takkan sebegitu mudah untuk mengejar impian dan cita-cita...
Usaha sikit ya Dik... jangan marah ...
No comments:
Post a Comment