KEMASKINI JAN 2016:
RESTORAN ERRA TELAH DITUTUP MULAI 2016 KERANA DIFAHAMKAN PENGUSAHANYA MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA PENGURUSAN RESTORAN DI SALAH SEBUAH HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS.
Restoran kedua di Marigold Square yang ingin saya kongsikan adalah Restoran Erra.
Restoran ini agak unik kerana menu pagi dan tengaharinya berasaskan buffet.
Jika anda bersarapan pagi di sini, terdapat pilihan menu seperti nasi lemak, mee goreng atau bihun goreng, kuih muih, air kopi atau teh atau lemon atau mangga , salad dan beberapa jenis lagi yang diselang-selikan setiap hari seperti anda menikmati sarapan di hotel penginapan.
Harganya semasa kunjungan terakhir saya baru-baru ini masih lagi RM 5 seorang dan boleh berulang kali menambahnya.
Untuk tengahari dengan konsep yang sama dengan beberapa pilihan menu utama seperti dua atau tiga jenis lauk, salad, sayur, kuih muih, buah-buah, minuman sejuk dan panas.
Semuanya menggunakan peralatan kultenari yang amat berkualiti seperti di hotel.
Harga seorang untuk makan tengahari buffet ini adalah RM 10 sahaja.
Malamnya pula terdapat pilihan ala carte untuk dipilih samada tempatan ataupun western.
Restoran ini mendapat sambutan hangat di bulan puasa baru-baru ini kerana menu yang ditawarkan dengan hanya berharga RM 10 seorang.... seperti di bawah untuk 2 orang ...
Amat sesuai untuk rombongan sekolah dan keluarga yang besar kerana anda hanya perlu membayar setiap pax sahaja dengan pilihan menu yang amat memuaskan dan suasana dalaman yang selesa.
Kalau di kedai makan biasa, anda akan dikira dengan jumlah lauk yang dipilih.
Kalau di kedai makan biasa, anda akan dikira dengan jumlah lauk yang dipilih.
Pengusaha adalah berpengalaman dengan penyediaan makanan di hotel sebelum membuka restoran ini...
Menarik ? silakan ke sana...
2 comments:
Assalamualaikum.. boleh beri telefon restoran Erra ni tak.. saya nak pergi rombongan 45 orang pada 24/4/14 ni..iaitu minggu depan.. bercadang nak makan tengahari di restoran Erra ni.. nak buat tempahan.. terima kasih..
Hubungi no ini ...
0125375075
Kak Liza
Post a Comment