TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, September 12, 2013

Cameron Highlands : Durian datang lagi ...

Yang datangnya adalah musim durian tetapi malangnya untuk kali ini adalah dari kawasan daerah bersempadanan dengan Cameron Highlands.
 
 
Kalau musim durian di sini, biasanya akan bersumberkan kawasan penempatan Orang Asli yang dibawa ke sini. Bukan sekadar dari Daerah Cameron Highlands tetapi juga dari Daerah Batang Padang , Perak yakni laluan mendaki Tapah.
 
Untuk kali ini, hasil musim durian yang dialami oleh daerah Kuala Lipis dan Gua Musang membanjiri kawasan tumpuan di Tanah Rata.
 
 
Mungkin kerana kami di sini memang tiada pokok durian kerana rumah masing-masing dari jenis flat dan apartment.
 
Malah tanah kebun di sini amat berharga untuk sayur-sayuran berbanding tanaman kekal seperti durian, rambutan, dokong dan lain-lain.
 
Untuk membeli durian di Tanah Rata biasanya di hadapan laluan utama dan juga Ambank ataupun di tapak pasar malam.
 
 
Kalau di Brinchang pastinya di sebelah Stesen Petronas dan pasar malamnya. Manakala di Ringlet pula kebanyakkan di hadapan laluan utama dan di Lembah Bertam juga di laluan utama.
 
Harga semasa ketika ini purata selonggok sederhana besar sekitar 4 biji untuk RM 10 dan ada yang bertimbang untuk pilihan yang lain.
 
Apapun menikmati durian yang boleh memanaskan badan di sini memang seronok.
 
Selamat berdurian...
 
cuma pihak hotel tidak akan membenarkan membawa masuk durian ke dalam bilik penginapan mereka.
 
Tidak menjadi masalah kerana anda boleh menikmati terus durian pilihan anda di tempat menjual durian ...

klik sini untuk gambar yang lain.. SINI

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock