TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, September 5, 2013

Cameron Highlands: Ingin membuat aduan ...


Kali ini masih dibawah Tips Melancong ke Cameron Highlands (yang kini saya singkatkan tajuknya kepada Cameron Highlands sahaja) , saya ingin berkosngikan peluang anda untuk menyatakan aduan, komen-komen, cadangan dan apa jua pendapat kepada pihak yang berwajib.
 
Maklumlah, mungkin semasa anda datang ke sini, anda telah mengalami sesuatu yang tidak seronok seperti ditipu, curiga ada penipuan dan juga mungkin menyalurkan sebarang pendapat dan cadangan untuk menambah baik.
 
Pihak Berkuasa Tempatan:
 
Contohnya jika anda ingin menyatakan aduan kerosakan kemudahan awam seperti tempat rehat dan juga mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan, anda boleh mengajukan kepada pihak berkuasa tempatan MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS (MDCH).
Saya selalu melakukannya melalui email mereka.
 
Jika ada yang kurang berpuashati atau ingin mencadangkan pendapat, saya selalunya akan memanjangkan kepada pihak MDCH melalui email mereka.
 
Insyallah nanti dalam catatan singkat yang lain, saya akan berkongsikan beberapa petikan email di antara saya dan MDCH untuk dikongsi bersama.
 
Saya amat mengalu-alukan cadangan dan aduan anda untuk membantu MDCH menyediakan kemudahan yang lebih baik dan berkualiti kepada semua bukan sahaja penduduk malahan kepada pelancong.
 
Contohnya jika anda merasakan keselamatan di Taman Menara Jam agak longgar kerana pintu masuk tanpa berpenghalang merisikokan keselamatan anak-anak anda yang mungkin berlari dan bermain basikal ketika di sana.
 
Tambahan lagi pintu masuknya betul-bnetul di selekoh tajam yang menyekat pandangan di antara kedua arah dan kenderaan bergerak pantas serta risiko terbabas.
 
Jika saya telah mengajukan cadangan mengubah atau menambah penghalang ditambah dengan beberapa lagi cadangan yang saya, saya rasa pihak MDCH perlu melihatnya secara serius.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands
P.O Box 66,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands,
 Pahang Darul Makmur.
Tel : 05-4911455 / 4912097
 Fax : 05-4911728
 
atau email yang selalu saya gunakan:
atau:
Setiausaha MDCH, En. Mazlan bin Moahmed Isa:
Cuma berikan maklumat yang tepat seperti lokasi, tarikh dan cadangan yang dikemukan dengan sebaiknya.
 
Kita ingin membantu mereka menyediakan kemudahan yang semakin berkualiti bukannya mencari salah.
 
Semoga Cameron Highland bertambah baik...
 
 
 
 
 
 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock