TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, September 18, 2013

Cameron Highlands: Petai oh Petai...

Kisah mengenai petai ini saya sekadar nak berkongsikan musim jualannya sudah pun memasuki bulan kedua iaitu bermula dari bulan puasa lagi. 


Dikhabarnya musim akan berakhir sekitar Oktober hingga November tahun 2013 ini. 

Jika anda menemui penjual-penjual petai di sekitar Tanah Rata, mereka sebenarnya adalah peraih petai yang mendapatkan hasil atau sumber petai dari beberapa kawasan sekitar. 


Yang saya temui baharu ini katanya petai ini mereka beli secara borong dari masyarakat Orang Asli sekitar Jalan Pahang atau laluan Tapah.

Harganya tidak dinyatakan kepada saya. Rahsia perniagaan pastinya. 

Cuma kalau di laluan Tapah ini, petai-petai yang dijual adalah hasil tuaian mereka sendiri. 

Harganya sekitar RM 8-12 bagi seikat 10-12 papan mengikut jenis manakala bagi yang bersaiz ikatan besar sekitar 100 papan petai dijual dengan harga sekitar RM 38-55 bagi jenis biasa manakala jenis padi bagi jumlah papan yang sama adalah RM 70-80 seikat.



Cuma jika anda ingin tawar menawar janganlah keterlaluan. Bayangkan untuk mendapatkan bekalan petai, mereka perlu masuk ke dalam kawasan penempatan Orang Asli. 

Kalau membeli dengan Orang Asli sendiri anda kena bayangkan kesusahan mereka menempuh laluan hutan tebal dan memanjatnya sebelum di bawa turun dan kembali di tepi jalan serta perlu menungu seharian untuk mendapatkan pembeli. 


Dan anda kena tahu juga, memanglah di dalam hutan tersebut banyak pokok petai tetapi semuanya secara tradisi diwarisi bukannya suka-suka hati boleh menuai petai. 

Setakat seringgit dua yang anda kedekutkan untuk tawar menawar itu, jadikanlah niat sedekah sahaja. 

Juga ini adalah perniagaan anak beranak yang sanggup bekerja di hujung minggu membantu ibu bapa mereka mendapatkan sedikit rezeki. 


Di saat yang sama anak-anak kita di rumah sibuk sehingga penat dan gelisah bermain ipad dan Tab. 

Gambar selebihnya di FB saya di SINI.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock