TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, September 18, 2013

Cameron Highlands: Bala's Chalet

Saya pernah berkongsikan mengenai Bala's Chalet dalam catatan terdahulu. Klik sini untuk membacanya. 

Hari Malaysia yang lalu, saya singgah sekejab ke sini untuk melihat perbezaanya jika ada. 

Yang saya temui adalah, sudah dilarang masuk ke kawasan laman mereka dan hanya untuk tetamu hotel mereka sahaja. 

Untuk keselesaan dan keselamatan tetamu mereka barangkali. 

Saya hormati pendiriaan mereka. Kalau saya pemiliknya, saya lakukan perkara yang sama.

Namun sikap degil ini masih sedikit wujud. Jika dahulu saya menjelah dibahagian depan chalet tinggalan kolonial ini, kali ini saya memanjangkan ke kawasan bahagian atas mereka. 


Cuma saya mendapat kebenaran tak rasmi salah seorang pekerja mereka untuk seketika. 

Dibahagian atas agak menarik kerana dinding-dinding bangunan mereka dilitupi sepenuhnya oleh tanaman yang memanjat dan nampak benar-benar klasik dan unik.


Saya kongsikan koleksi gambar di bahagian ini untuk anda yang tak terlepas naik ke sana. Jangan pula anda gusar dan gelisah pula melihat keunikkan kawasan ini. 

Mungkin ini boleh dijadikan lokasi penginapan anda dalam kunjungan seterusnya di sini kelak. 

Cuma hormati arahan pemilik chalet ataupun hotel kerana mereka melihat dari segenap sudut keselesaan tetamu dan keselamatan hotel mereka. 


Keras macam mana sekalipun anda tetap salah jika ditangkap di dalam kawasan mereka. 

Tengok ajelah gambarnya di laman FB saya ini . Abis cerita.... Klik SINI

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock