Antara yang amat menyusahkan bagi penduduk tetap di sini adalah membeli rumah. Kalau adapun rumah yang nak dijual biasanya harganya melambung tinggi.
Biasalah... permintaan melebih penawaran.
Rumah yang ada juga sukar untuk mendapat yang sewa bulanan kerana masing-masing menyewa harian untuk percutian. Holiday Apartment.
Manakala sewa bulanannya pula dan seperti di Kuala Lumpur pula. Mahal dan naik setiap tahun.
Antara gula-gula politik sebelum PRU yang baharu lepas adalah pengumuman membina Perumahan Pertama atau PRIMA . Pengumuman dibuat oleh TPM sendiri.
Status sekarang, ianya sedang ditunaikan. Pembinaan sudah bermula dengan meratakan tanah yang dikhaskan.
Lokasinya dibelakang laluan Jalan Tengkolok. Luas kawasan lembah ini.
Katanya sebanyak 420 unit rumah sederhana dan 420 unit rumah kos rendah jenis apartment akan dibina dengan harga permulaan RM 120 seunit. Masih mahal kan?
Tanah dikatakan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang tanpa sebarang kos? Rumahnya masih berharga sebegitu pula.
Borang bewarna pink sudah diedarkan sebelum puasa lagi dan kini statusnya saya kurang pasti.
Syaratnya juga agak ketat seperti had gaji isi rumah sekitar RM 6000 ke bawah (Kalau tak silap) , rumah pertama yang dibeli, Rakyat DYMM Tuanku Sultan Pahang (Pemaustatin Pahang) dan beberapa lagi.
Masih berminat ? Hendak memohon? Jangan tanya saya. Jangan minta saya lakukan.
Saya bukanlah orangnya untuk ditanya bagaimana untuk melakukan permohonan.
Ajukan ke Pejabat Tanah barangkali boleh membantu anda.
No comments:
Post a Comment