TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, September 18, 2013

Cameron Highlands: Pembangunan semula Kampung Sungai Ruil

Kisah mengenai kampung ini telah saya kongsikan lebih awal dalam beberapa catatan terdahulu. Di sini

Malah kisah bencana tanah runtuh yang mengorbankan 7 orang penduduknya juga dikongsikan juga di mana ianya mendapat liputan meluas media tanah air. Klik di SINI 

Kini melalui bajet tahun 2012, kerajaan telah bersetuju membangunkan semula kampung ini untuk kehidupan yang lebih selesa dan selamat. 

Hari Isnin yang lalu ketika Sambutan Hari Malaysia, saya singgah ke sana dan melihat sendiri proses pembinaan dan pembangunan semula kampung ini.

 

5 bulan yang lalu saya berkesempatan melihat sendiri pelan pembangunan kampung ini ketika sedang minum di sebuah warung di sini dan kebetulannya rakan saya sedang membincangkan hal ini dengan pihak kontraktor kerja tanah. 

Melihat lukisan kejuruteraan yang ada jelas mereka akan membina teres demi teres yang lebih selamat untuk membina unit rumah kediaman berkembar dua. 



Tiada lagi rumah yang tergantung di cerun dan segala cerun curam akan dikurangkan peratusannya. 

Aliran air longkang yang lebih baik dibina untuk mengurangkan risiko tanah runtuh. 


Dan pastinya jika anda membeli rumah yang baharu dibangunkan di kawasan sebelahnya, jiran anda nanti adalah Perkampungan Orang Asli Moden  Sungai Ruil yang dijangka siap pada tahun 2014.. 


Gambar yang lain di FB saya di sini

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock