TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, August 8, 2011

Tragedi tanah runtuh ... Kampung Orang Asli Sg Ruil..

Semalam Cameon Highlands hujan lebat sekitar pukul 4 petang setelah hampir seminggu tanpa hujan. Di Tanah Rata taburan hujan direkodkan 54 mm. Tidak jauh dari Tanah Rata, Kampung Sungai Ruil yang merupakan penempatan orang Asli yang kebanyakkan dari suku kaum Semai terjadi satu kejadian yang tidak pernah di bayangkan, Tanah Runtuh. 
2 terselamatSememangnya kedudukan kampung ini dilereng bukit seperti kampung dan penempatan orang Asli yang lain tetapi kali ini runtuhan jajaran dari puncak bukit dan lerengini menghempap 5 buah rumah dan tiga buah daripadanya ranap sama sekali. 7 orang terbunuh termasuklah pelajar.

Buat siri yang pertama, aku sekadar lanjutkan daripada petikan berita Utusan dan Harian Metri manakala siri kedua aku akan cuba untuk membawakan gambar selepas bencana yang sempat diambil sendiri pagi tadi. 





SEBUAH jentera pengorek digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, petang semalam. – Utusan/MOHD. NAJIB. MOHD. NOR

CAMERON HIGHLANDS 7 Ogos – Tiga wanita maut, tiga parah manakala tiga lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini petang ini.
Kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu turut mengakibatkan enam buah rumah tertimbus manakala tiga lagi terbenam terus.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat sejak semalam dan tiga mangsa yang parah ialah dua lelaki dan seorang wanita.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kita percaya ramai lagi penduduk yang tertimbus dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Sehingga pukul 12.00 tengah malam ini, katanya, dianggarkan tiga lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan tanah itu.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak di Tanah Rata dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Suku Semai.

Menurut Wan Zahri, mangsa yang terkorban dan parah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus membabitkan 120 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


2 terselamat
leh Gaddafi Musli dan Mohd Husni Mohd Noor am@hmetro.com.myBERTUNGKUS-LUMUS...pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh, malam tadi.
BERTUNGKUS-LUMUS...pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh, malam tadi.
.
CAMERON HIGHLANDS: Tujuh penduduk Orang Asli terbunuh, manakala dua cedera apabila lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat, kira-kira 5.45 petang semalam.

Dalam kejadian itu, tiga daripada lima rumah terbabit tertimbus menyebabkan
 nasib semua penghuninya belum diketahui. Sehingga tengah malam tadi,
sumber mengesahkan mangsa maut ialah empat wanita dan tiga lelaki.

Ketua Polis daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan, Wan Mohd
Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut bersama dua yang
cedera dibawa ke Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata, sebelum dipindahkan
ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, kira-kira 10 malam tadi.

ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.

ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.
Mangsa yang pertama dikeluarkan dari tempat kejadian jam 6.30 petang
manakala dua yang cedera dikenali Bah Anjang Besar Alang, 39, dan
remaja perempuan, Strry Priry, 15.


Katanya, pasukan penyelamat termasuk polis, anggota bomba dan penyelamat,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan unit anjing pengesan dihantar
ke tempat kejadian.

Sehingga ini, katanya, penghuni dua rumah yang terkena runtuhan itu
sudah diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selamat.

Sumber berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca
daripada runtuhan lereng bukit yang ditarah bagi membangunkan projek perumahan
berdekatan tempat kejadian.


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock