TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, September 26, 2011

Ketenatan pasaran pekerjaan di China

Aku mengambil sedikit risiko untuk mengatakan satu kenyataan ini bahawa pasaran pekerjaan di Malaysia adalah lebih baik dari negara yang sekitarnya. Ini terbukti bilamana anda boleh melihat limpahan pekerja asing yang berterusan ingin memasuki Malaysia dan berkerja di sini. 

Malah jika anda memerhatikan pergerakan di sekitar anda, anda dengan mudah akan melihat perlbagai kaum melintas dan berlegar di sekitar. Indonesia, Bangladeshi, India, China, Pakistan, Vietnam, Myanmar malahan Afrika.

Jika suatu ketika dahulu hanyalah kalangan pekerja bukan mahir tetapi kini pekerja mahir dan mempunyai pelbagai kelulusan mula membanjiri pasaran tenaga kerja di Malaysia. 

Aku pasti jika ini berterusan  dengan sikap majikan yang memilih diantara bangsa dan kaum tersendiri akan meminggirkan rakyat Malaysia itu sendiri.  Kaum Majikan Cina di Malaysia kian selesa membawa masuk tenaga kerja dari Cina. Manakala Kaum Majikan berbangsa India sudah lama membawa masuk tenaga kerja dari India yang bersaudara dan atas nama keluarga. Malah majikan kaum Melayu tidak kurangya memilih sesama bangsa dan secara keseluruhannya pula kita mendapati kebergantungan sepenuhnya kepada pekerja dari Bangladesh dan Indonesia ketika ini.

Pergila ke mana-mana dan anda akan dapati kedai makan tomyam yang dahulu di kuasai oleh kaum Melayu  Thai kini mula diambilalih oleh Bangladesh dan Indonesia. 

Ini dapat anda temui dengan senang ketika ini. Rasis kah jika  berkata sebegitu? terpulang ... 

Yang nyatanya kehidupan pekerja di Malaysia lebih baik dari di Negara China seperti artikel dibawah... Pulanglah ke sana jika mahu ...


KESUKARAN mencari pekerjaan yang sesuai kini menghantui golongan siswazah China.



YANG MINGLOONG, salah seorang daripada jutaan siswazah kolej-kolej di China yang langsung tidak terkesan dengan dasar terbuka pendidikan tinggi yang diamalkan di negara itu.
"Kerja? Pekerjaan apa?" kata lelaki berusia 23 tahun itu ketika menghabiskan masanya pada suatu petang di sebuah dewan biliard di Shigezhuang.
Kawasan kejiranan yang terletak di pinggir utara Beijing itu menawarkan kadar permainan murah sebagai tarikan utama kepada beberapa golongan muda kolar putih di China.
Pelajar-pelajar dari beberapa kolej yang mempunyai jumlah siswazah terbesar di negara itu, iaitu sekitar 6.6 juta orang, lebih rela meninggalkan buku untuk mencari peluang pekerjaan sempena musim panas ini.
Bagaimanapun, lambakan siswazah dalam memenuhi sektor ekonomi di negara yang terkenal dengan jolokan 'Bengkel Dunia' itu telah menyemarakkan kebimbangan mengenai keupayaan pasaran untuk menyerap keperluan tenaga kerja.
Di negara yang kira-kira 80 peratus penduduknya tidak menghabiskan pendidikan menengah mereka, mengikut Unit Kecerdasan Ekonomi, Yan boleh disifatkan antara golongan yang berpendidikan tinggi di China.
Graduan yang berjaya menamatkan program automotif selama tiga tahun di Kolej Vokasional dan Teknikal Jiaotong, Hebei itu kini bekerja sebagai mekanik kereta.
Dia menetap di sebuah asrama di bahagian barat Beijing bersama enam penghuni lain pada kadar sewa bulanan sebanyak 2,500 yuan (RM122).
"Bagaimana saya mahu menyatakan saya berpuas hati? Walaupun selepas lima tahun bekerja, saya tahu pendapatan saya tetap sama seperti rakan-rakan lain yang tidak melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Kajian yang dijalankan oleh Akademi Sains Sosial China (CASS) pada tahun 2011 mendapati hanya 6.7 peratus daripada jumlah siswazah dengan tempoh ijazah empat tahun atau ijazah dalam bidang vokasional yang dikeluarkan pada tahun 2010, masih mencari pekerjaan selepas enam bulan mereka meninggalkan kampus.
Majoriti telah mendapat pekerjaan mereka atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jumlah pengangguran juga berkurangan sehingga tiga peratus pada tahun 2009.
Seorang professor bersekutu di Institute of Population and Labour Economics di CASS, Wang Meiyan berkata, secara keseluruhan permintaan tenaga kerja bagi siswazah di negara itu adalah sangat baik.
"Cabaran terhadap bidang pekerjaan yang dihadapi tidak seserius seperti yang disangkakan masyarakat. Sebarang kesulitan yang dihadapi siswazah berhubung pasaran pekerjaan tidak bermaksud ia merupakan satu masalah unik di China," katanya.
Sebagai perbandingan, kajian yang dilakukan oleh Institut Polisi Ekonomi di Washington, Amerika Syarikat mendapati kadar pengangguran bagi siswazah Amerika bermula dari bulan April 2010 sehingga Mac 2011 mencatatkan kadar 9.7 peratus.
Peluang bersesuaian
Bagaimanapun, seorang penyelidik di Transition Institute iaitu sebuah pusat pemikir bebas di Beijing, Ren Xinghui, skeptikal terhadap statistik pekerjaan siswazah yang dikeluarkan kerajaan sebelum ini.
"Jumlah pekerjaan diukur oleh unit pentadbiran kolej dan bergantung kepada indeks prestasi sesebuah universiti. Ia memberi peluang kepada pihak terbabit untuk mengeluarkan laporan statistik pekerjaan yang lebih memihak kepada siswazah yang mereka lahirkan," jelasnya.
Katanya, sama ada pasaran mampu menyerap lebih enam juta siswazah yang sedia ada pada tahun ini adalah bergantung kepada cara peluang pekerjaan itu ditakrifkan.
"Jika sekadar membabitkan soal pekerjaan, peluang itu masih tersedia. Namun, jika kita bercakap mengenai peluang dalam erti kata ia sepadan latihan dan ruang untuk perkembangan profesional, maka terdapat masalah di situ," jelas Ren.
Biarpun kadar graduan yang bekerja masih tinggi seperti yang dilaporkan kerajaan, pekerjaan yang ditawarkan lazimnya jauh daripada apa yang golongan berkenaan cita-citakan.
Ia dilihat sebagai satu masalah sejagat. Tetapi di China, pertumbuhan pantasnya turut membawa bersama harapan penduduk. Hakikatnya, jurang antara aspirasi dan realiti dilihat amat menyakitkan.
"Mencari pekerjaan bukan satu masalah, sekurang-kurangnya di kota-kota besar seperti Beijing.
"Masalah utama yang menghantui semua orang adalah untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan diri mereka, dan apa yang mereka suka," kata siswazah filem animasi, Feng Biao, tatkala duduk di atas katilnya di sebuah apartmen yang sesak di Shigezhuang.
Di mejanya hanya terdapat susunan buah epal dan pisang berlatarkan dinding polos yang hanya tergantung sekeping cermin untuknya mencukur bulu wajah.
Dia berulang-alik dari apartmennya ke tempat kerja dengan menggunakan kereta api bawah tanah. Perjalanan sehala yang mengambil masa satu setengah jam itu membolehkannya sampai ke pejabat iaitu di sebuah syarikat pengiklanan Internet dengan pendapatan sekitar 3,000 yuan (RM1,470) sebulan.
Jika sebelum ini ia hanya dimonopoli oleh golongan elit, sistem pendidikan tinggi di China telah menyerap jutaan siswazah sejak tahun 1977 apabila pihak universiti hanya mendaftar 220,000 orang pelajar semasa peristiwa Revolusi Kebudayaan.
Tidak beri kepuasan
Sebahagian besar ibu bapa di China pada hari ini merupakan siswazah yang dilahirkan pada era Revolusi Kebudayaan (1966-76). Ketika itu Mao Zedong telah melancarkan kempen bagi menghapuskan pelbagai keistimewaan termasuk pendidikan sekali gus menyebabkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti berkurangan secara drastik.
Sepanjang era tersebut, kerajaan telah memperuntukkan pekerjaan kepada pekerja-pekerja di bandar.
Perkembangan sistem pendidikan pada hari ini telah melahirkan satu krisis keyakinan terhadap nilai sistem berkenaan.
Gaji permulaan bagi siswazah dilihat hampir sama dengan pendapatan pekerja-pekerja asing di tapak industri.
Bagi kerajaan, peningkatan masalah ketiadaan pekerjaan yang sesuai bagi golongan siswazah di negara itu telah menjadi satu kebimbangan politik.
Sejarah moden China yang pernah dihantui rusuhan pelajar dan kerajaan kini begitu berwaspada sekiranya peristiwa sama yang berjaya dipatahkan oleh tentera di Medan Tianmen pada 1989 itu berulang semula.
"Pasaran kerja di China semakin tenat. Terdapat sedikit permintaan untuk golongan kolar putih disediakan lantas menyukarkan golongan siswazah untuk mencari pekerjaan.
"Salah satu puncanya ialah peningkatan jumlah graduan yang dilahirkan oleh universiti-universiti," kata Ren.
Mengikut kajian CASS, sebahagian besar siswazah di negara itu selepas empat tahun di universiti atau program vokasional mempunyai pendapatan di bawah 2,500 yuan (RM1,200) sebulan pada tahun 2010.
Bagi Feng, dia menggunakan kira-kira 20 peratus daripada pendapatannya untuk membayar apartmen satu bilik, yang lantainya dipenuhi kesan memadam puntung rokok.
Selepas ditolak duit makanan, pengangkutan dan perbelanjaan lain yang dilakukan sekali-sekala, dia langsung tidak mampunyai simpanan.
"Saya rasa mempunyai ijazah tidak bermakna kehidupan yang dilalui akan menjadi bertambah baik," keluhnya.
Pilihan sukar
Umumnya, tidak semua siswazah di negara itu mempunyai situasi 'tegang' seperti yang dihadapi Feng.
Mereka yang berkemampuan mendapat pekerjaan yang sesuai di firma-firma besar atau dalam sektor kerajaan mampu menikmati kehidupan yang selesa.
Lei Siyu, lulusan kursus kejuruteraan perisian dari Dalian University of Technology, berjaya mengharungi cabaran itu.
Lelaki kurus yang berasal dari Sichuan itu berkata, dia pernah kecewa apabila permohonan pertamanya mencari pekerjaan selepas bergelar siswazah ditolak dan dia tidak dapat bekerja di syarikat Internet gergasi China, Baidu.
Namun hari ini, lelaki itu telah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang katanya sanggup membayar sehingga 7,500 yuan (RM3,670) sebulan. Ia merupakan satu peluang keemasan yang akan meletakkannya dalam kelompok empat peratus siswazah negara itu yang berpendapatan sedemikian. Bagaimanapun, dia masih tidak opitimis mengenai proses itu.
"Mendapat tempat praktikal mudah, tetapi mengubahnya kepada pekerjaan sangat sukar. Saya faham apa yang dirasai oleh orang lain. Begitupun, saya terpaksa bersaing dengan mereka yang berkelulusan doktor falsafah," ujar Lei Siyu.
Situasi itu turut dihadapi pelajar-pelajar cemerlang di negara itu yang terpaksa membuat pilihan sukar memandangkan dinamik sosial yang semakin meluas. Ia cukup luas sehingga firma-firma asing tidak lagi menjadi pilihan utama mendapatkan pekerjaan seperti sebelum ini.
Agensi-agensi kerajaan dan syarikat perusahaan milik negara menyumbang hampir satu pertiga (32 peratus) peluang pekerjaan untuk siswazah di China pada tahun 2010. Mengikut kajian CASS dalam kalangan siswazah yang mengambil kursus ijazah sarjana muda selama empat tahun, ia mencatatkan kadar sehingga 41 peratus.
Bagi Jin, yang merupakan siswazah pengajian hubungan antarabangsa dari Tsinghua University, dia telah menolak prospek gaji tinggi yang ditawarkan di firma asing sebaliknya bekerja di syarikat perusahaan milik negara dalam sektor pengangkutan.
"Gaji yang ditawarkan tidaklah setinggi apa yang ditawarkan oleh firma asing. Ia bukan pekerjaan yang ideal, tetapi untuk perspektif jangka masa panjang, bekerja di sini merupakan satu pilihan yang bijak," jelas Jin.
Kemuncak kepada tawaran itu, ialah tawaran sebagai permastautin tetap di Beijing yang dipanggil hukou dalam bahasa Cina. Melalui kuota hukou yang diberikan oleh agensi-agensi dan syarikat milik kerajaan, seseorang pekerja lazimnya bakal mendapat kelebihan sosial yang lain. - Ruters

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock