TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, September 3, 2011

Bukit Kepong ... kisah 2


Pada tahun 1998 . semasa aku di Jengka, aku pernah meminjam sebuah buku yang bertajuk Bukit Kepong yang menceritakan kisah sebenar yang berlaku di Bukit Kepong termasuklah selepas peristiwa Bukit Kepong.


Kisanya bermula di Majlis memperingati peristiwa ini yang dirasmikan oleh Tun Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara ketika itu . Penulis  menggunakan watak yang masih hidup dalam mengimbau kembali kisah perit sebelum dan selepas kejadian ini.

Antara kisahnya adalah kalau tak silap aku mengenai Othman, antara mangsa yang terselamat. Othman telah berkahwin dan berasal dari Kedah dan semasa kejadian beliau telah menghantar isterinya pulanga ke Kedah untuk bersalin anak sulung dan semasa kejadian itu akibat kekurang kemudahan perhubungan, kawat telegram dihantar adalah berbunyi Beliau adalah yang terkorban di dalam serangan di Bukit Kepong.

Isterinya melahirkan seorang anak lelaki  dan mula menghidap penyakit Meroyan dan hilang ingatan. Selepas pulih dari kecederaan, Osman pulang ke kampung dan memeranjatkan semua pihak termasuklah keluarganya. 

MM Othman Yusof

Bila ditanya di mana isterinya, hanya bayinya di tunjukkan dan diceritakan segalanya. Beliau pergi ke Hospital untuk melihat isterinya dan pada saat pertama, seolah-olah isterinya mengenalinya tetapi terus menjerit dan menangis dan lebih menyedihkan ianya berlaku di dalam kurungan di Hospital. Aku akui aku sebak ketika itu...

Namun yang agak kurang menarik dalam buku ini mengisahkan semasa majlis memperingati 25 tahun kejadian ini , didapati Othman hidup merempat dan kurang pembelaan. Aku tidak tahu bagaimana sudahnya kisah Othman ini.

Apapun, aku berbangga dengan beliau dan rakan-rakan.. Mereka adalah penjuang kemerdekaan yang sejati dari seekor Babi Politik bernama Mat Sabu.. sape tu ?

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock