Dalam heboh kita mengikuti kisah Wartawan kita yang terkorban di Somalia, kita merasai amat dukacita dan bagi aku secara peribadi arwah telah berusaha merbahayakan keselamatan diri dan nyawanya untuk membawakan kita kisah yang amat menyayat hati.
Namun dalam kita menyambut jenazahnya dalam kedukaaan, ada pihak yang menunding dan pantas melemparkan pelbagai tuduhan dan pandangan yang memperkecilkan usaha arwah dan pihak yang menganjur malah ada yang mengelarkan sebagai pembunuh arwah.
Ada yang mengelarkan Misi Bantuan Kemanusian yang dianjurkan itu sekadar mencari populariti semata dan bodoh!!!. Carilah di laman blog yang berkenaan dan carilah di laman twitter pihak yang terbabit.
Mungkin bagi setengah pihak, pemergian mereka ke Somalia, bandar ke 5 di dunia yang paling merbahaya bagaikan membunuh diri malah ada yang berpendapat semata-mata mencari populariti ataupun lebih semata-mata satu propaganda.
Seorang Ibu di Somalia membaca jenazah anaknya... |
Kita berbalah dalam banyak isu. Kita berselisih pendapat dalam semua perkara samada besar atau kecil atau penting atau remeh. Kita bermusuh dengan setiap kata-kata, perbuatan dan apa juga usaha. Mengata, mengeji dan memperkecilkan usaha pihak yang lain yang mungkin lebih berusaha dan mahu ke hadapan atau pun mempunyai lebih kemampuan untuk membantu mereka di sana. Kita seringkali menyifatkan sekadar mencari nama dan inginkan sesuatu sebagai balasan. Lalu pelbagai label dan jolokan diberikan dengan diiringi kata nista dan kejian.
Dalam hal berkenaan kemanusian di Somalia ini, kanak-kanak berusia 7 tahun dan ramai lagi di sana tidak mengerti apa yang anda dan kita perdebatkan antara siapa yang lebih mulia dan jujur di antara kita sendiri.
Kita mempunyai masa untuk berbalah tentang siapa yang lebih hebat dan layak , tetapi kanak-kanak ini hanya mempunyai sedikit masa, antara hidup atau mati hari ini, esok ataupun lusa... |
Bagi mereka sesiapa yang datang membawa sinar harapan biarpun kecil dan sementara. Sesuap gandum, roti, air dan bantuan yang lain amat diharapkan datang dari seluruh pelusuk dunia. Mereka tidak akan membezakan adakah dari UMNO, adakah dari PAS, adakah dari MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS atau apa jua pangkat yang digunakan untuk menyampaikan bantuan.
Kalau kita boleh berbalah dalam semua hal di dalam negara , kenapa kita tidak boleh lupakan perbalahan ini seketika demi membantu kelangsungan hidup yang mungkin tinggal sepincis harapan dan peluang dikalangan kanak-kanak di sana.
Kalau kita tidak boleh bersetuju dalam semua hal, kenapakah kita memanjangkan isu bantuan kemanusian ini dengan perbalahan kita sedangkan kita mampu kehadapan bukan keseorangan tetapi dalam ke semua golongan. Kalau seringkali kita memberi pelbagai gelaran dan tohmahan di dalam negara kepada satu sama lain, kenapa kita tidak boleh tinggalkan tabiat itu dalam hal ini.
Adakah Islam, Kristian, Hindu , Budha atau apa jua agama dan kepercayaan di Malaysia ini menghalang kita untuk meninggalkan semua tabiat diatas dalam hal memberi bantuan kemanusian ini.
Ego kita melebihi segalanya... Bongkak dan iri hati kita mengkaburi haluan yang sebenar. Kalaulah kita tidak boleh bersatu dalam semua hal, apa lah salahnya kalau dalam hal kemanusian ini kita bersatu ... bersuara dengan nada yang sama... membantu tanpa memilih dan menyinsih yang lain tanpa sinis.
Kepada anda, mari kita saksikan video klip yang bagi aku tadi amat mengetarkan naluri aku sebagai seorang lelaki ....
Video Pertama : Kanak-kanak 7 tahun ini sekadar mampu berguling-guling di tanah dalam menanti kematiannya... Di negara kita, anak-anak berguling-guling meminta mainan dan kehendak mereka tanpa batasan...
Video Kedua : situasi di Somalia
Video Ketiga:Lapar dan dahaga di sana..
carilah di youtube... banyak kisah yang disiarkan. Cuma bak kata pemimpin parti yang satu tu, ini adalah besi .. tidak bernyawa dan tidak boleh dipercayai.. Terpulang...
Aku ? PERCAYA!!!!
No comments:
Post a Comment