Kali ini aku nak cerita pula berkenaan dengan tanaman tomato. Mungkin selalu kita makan tomato samada sedar atau tidak. Sedar kalau kita makan salad dan tak sedar tiba-tiba kita makan kari terasa masam.
Dalam dunia ini, ikut statistik ,
bayam adalah paling banyak
dimakan dan tomato mengikut senarai yang seterusnya. Jadi, eloklah kalau kita tahu sedikit asal usul dan hal yang berkaitan dengan tomato.
Kalau nak ikut taksonomi tumbuhan yang terperinci, aku ada copy dan pastekan dari laman wikipedia dibawah ini.
Tomato | |
---|---|
Cross-section and full view of a ripe tomato | |
Scientific classification | |
Kingdom: | Plantae |
(unranked): | Angiosperms |
(unranked): | Eudicots |
Order: | Solanales |
Family: | Solanaceae |
Genus: | Solanum |
Species: | S. lycopersicum |
Binomial name | |
Solanum lycopersicum L. | |
Synonyms | |
Lycopersicon lycopersicum |
Tapi biasalah, apa yang nak aku tulis disini sekadar dari pengalaman aku mengusahakan tanaman tomato ini dalam skala kormesial. Barangkali juga, apa yang ditulis ini tidaklah seilmiah kalau dibandingkan dengan kajian para saintis dan ilmuan yang lain. Jadi, jangan pula copy and paste isi kandungan ini. Sekadar catatan pengalaman.
Tanaman tomato bermula dari penyediaan kawasan tanaman. Ianya sesuai untuk suhu tanaman yang mempunyai julat 4-7 'C. Khasnya di Cameron Highlands, tomato adalah merupakan tanaman utama yang diusahakan. Terdapat juga tanaman tomato yang diusahakan di tanah bawah - lowland sekitar Selangor dan Johor tapi aku sendiri tak pernah melawat kebun-kebun ini.
Cuma untuk tanaman di kawasan tanah rendah ini terdapat beberapa varieti yang sesuai seperti summer varieti yang ditanam di negara Eropah, Australia dan juga Afrika.
Manakala bagi untuk tanaman tanah tinggi kebiasaanya kita akan memilih varieti autumn dan winter yang ditanam di negara-negara Eropah berdasarkan julat dan persamaan suhu yang terdapat di Cameron Highlands. Setakat ini tiada proses penyediaan biji benih khusus untuk negara kita memandangkan tempoh dan kos penyelidikan yang tinggi. Oleh itu petani biasanya memilih varieti benih sedia ada sebagai pilihan tanaman.
Jenis-jenis tomato:
Tomato terdapat dalam perlbagai jenis iaitu cherry , cocktail, beef and tomato in vine.Minta maaflah sebab sebab lalu panggil dalam bahasa Ingerris dan nak diterjemahkan dalam bahasa melayu rasanya tak pasti yang mana satu istilah yang betul.
Beef tomato adalah jenis tomato yang menghasilkan jenis tomato yang bersaiz besar. Ia juga menghasilkan tomato yang dijual secara individu atau loose.
Tomato in Vine atau TOV adalah jenis tomato yang masak dan dituai dalam tangkai yang sama dan biasanya dijual secara tangkai. Buah tomato hanya akan dituai selepas buahnya masak secara berperingkat iaitu dari index 4 bagi dua buah yang pertama dan indek 3 bagi buah keempat dan kelima.
Cherry Tomato adalah tomato yang bersaiz kecil sekitar 15mm hinggalah 30 mm biasanya dimasukan dalam salad buah-buahan ataupun sayur-sayuran.
Ciri-cirinya adalah bersaiz kecil dan setangkai biasanya memepunyai 10 -14 biji buah cherry dan ianya masak secara berperingkat iaitu buah dibahagian atas akan masak dan dituai pada indek 3.
Tomato cherry mempunyai pilihan warna iaitu merah dan kuning dan selalunya warna merah menjadi pilihan pembeli kerana rasanya lebih manis.
Di Cameron Highlands, jumlah petani menanam jenis tomato ini agak kecil kerana kurang berdaya ekonomi dan memerlukan pekerja yang lebih ramai khasnya ketika hari tuaian. Namun begitu harga pasaran tomato cherry lebih stabil dan mahal sedikit berbanding dengan tomato biasa.
Cocktail tomato pula adalah tomato yang bersaiz kecil dan dituai dalam tangkai yang samada berbentuk bulat atau plum.
Terdapat berbeza kemanisan atau kemasaman tomato bergantung kepada varieti tanaman itu sendiri. Ada yangboleh dimakan begitu sahaja dan ada yang tidak boleh dimakan .
Cuma teknik pemakanan di Malaysia atau Asia agak berbeza berbanding di Eropah dimana di sini tomato biasanya dimasukkan ke dalam masakan manakala di Eropah, tomato menjadi sebahagian daripada salad segar yang dimakan terus tanpa dimasak.
Pengalaman menanam varieti ini, ianya agak sensitif dengan penyakit dan seranggan perosak ekoran beberapa cirinya yang kurang sesuai tetapi masih boleh ditanam dan rasanya amat manis malah selalunya dimakan segar sahaja dan harganya juga mencecah belasan ringgit sekilogram dipasaran cuma permintaan adalah amat kurang.
Penyedian Tapak tanaman:
Tomato boleh ditanam samada didalam rumah plastik atau diluar rumah plastik dan terdapat pelbagai teknik tanaman mengikut pengalaman dan kemahiran si pekebun. Malah rata-rata di Cameron Highlands semua ditanam didalam rumah plastik dan tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman tetapi hampas sabut kelapa menjadi pilihan ataupun lebih dikenali dengan nama Cocoa Peat.
Cocoa Peat digunakan sebagai media dimana ianya mempunyai keperoian untuk tidak menakung air dan tidak pula terlaluperoi dengan simpanan air yang minimum bagi mengelakkan penyakit bawaan air khasnya kepada akar. Teknik ini juga menggunakan konsep hidpronik tetapi menjurus kepada teknik terbuka atau 'run to waste'.
Tapak tanaman mestilah dibersihkan dari tanaman terdahului dan adalah baik untuk menukar jenis tanaman bagi mengelakkan rintangan penyakit.
Penyedian di Tapak Semaian:
Benih tomato disemai di dalam nursery untuk tempoh 25-30 hari dengan menggunakan tray semaian mengikut jarak yang sesuai dengan menggunakan peatmoos dan sedikit perlite sebagai media tanaman.
Benih tomato pula biasanya dipilih mengikut kesesuaian persekitaran dan biasanya bagi petani di Cameron Highland terdapat beberapa jenis yang terbukti sesuai dan permintaan dari pasaran. Benih-benih dibekalkan oleh pengusaha benih yang sudah ternama seperti Rijk Wan, Enza Zaden, De Ruitter dan Sygenta. Varieti 1039 daripada Sygenta adalah menjadi pilihan buat masa ini.
Tapak Tanaman Utama.
Di sini, tomato akan mula dipindahkan selepas 30 hari di dalam nurseri semaian dengan hanya yang subur dan bebas daripada tanda serangan penyakit akan dipindahkan.
Jarak tanaman adalah bergantung kepada teknik yang sedia ada seperti kalau menggunakan mapal bed, biasanya setiap 20 cm sepokok dan rata-ratanya adalah 2.2 pokok setiap meter persegi. Biasanya ianya sekitar 16,000 -25,000 setiap hektar tanaman.
Dan kalau mengikut jarak polibag, biasanya tomato ditanam pada jarak 45 cm tetapi dua pokok setiap polibag. Jangan risau, tiada yang salah kerana mengikut pengalaman sendiri dan jika anda membaca melalui rujukan buku-buku dan kajian ilmiah, terdapat pelbagai saiz jarak tanaman yang disyorkan malah mengikut fisiologi varieti tersebut seperti sekiranya daunnya lebar, maka jarak tanaman haruslah lebih jauh untuk mengelakkan sentuhan dan kelembapan daripada terperangkap di antara daun yang menyebabkan penyakit kulapuk dan sebagainya.
Semasa proses pra-matang , kebiasaanya pokok tomato akan mengeluarkan bunga yang pertama pada usia 3 minggu atau minggu yang ke empat setiap tiga pangkal daun. Tempoh bunga akan berlanjutan ke buah yang boleh dituai dalam tempoh 60 hari hingga 70 hari menjadikan ianya mengambil masa 90 hari dari mula dipindahkan untuk kutipan hasil yang pertama.
Penjagaan pokok tomato sebenarnya agak rumit sekiranya melihat kepada faktor kelembapan yang agak tinggi di negara kita. Pelbagai penyakit sering menjadi igauan kepada petani seperti layu bakteria, phytopthrea, erwinia, borythis dan sebagainya.
Manakala bagi serangan serangga perosak pulak, seringkali leaf miner , white fly, aphid dan hamama menjadi musuh utama. Pelbagai jenis racun perosak perlu digunakan malah amat terhad bagi yang memerlukan post harvest interval (PHI) atau masa tuaian selepas meracun yang melebihi daripada 4 hari.
Penjagaan pokok sepanjang masa juga memerlukan kerja-kerja dilakukan setiap hari iaitu memangkas pokok dengan mengekalkan hanya satu dahan pokok dibawah setiap tangkai buah, menurunkan pokok dengan sistem penyokong atau trelising setiap dua minggu, mendebungakan bunga tomato setiap empat hari, membuang tunas air dan kerja-kerja yang lain.
Hasil tomato bergantung kepada varieti yang pembajaan yang telah dijalankan. Jika mengikut kebiasaan para petani, tempoh 6 bulan tanaman akan menghasilkan 8-12 tangkai buah - cluster dengan purata buah pada 6 biji setiap cluster dengan berat purata 600 gram setiap tangkai atau 7 kilo sepokok.
Namun bagi kebun yang moden, biasanya akan dipanjangkan sehingga bulan ke 8 dengan jumlah cluster 28-32 cluster atau 17 -19 kilo per pokok bergantung dengan keadaaan pokok samada terdedah kepada penyakit ataupun tidak.
Manakala bagi pengeluaran cherry tomato, biasanya kan lebih rendah kerana saiz buah yang lebih kecil.
Buah tomato digredkan dengan indek buah masak dari INDEK 1 untuk buah hijau, Indek 2 untuk sedikit hijau kepada kuning, Indek 3 untuk Kuning, Indek 4 untuk kuning kepada merah , Indek 5 Merah dan Indek 6 untuk terlalu merah. Biasanya sebagai memenuhi kehendak pasaran tempatan, petani akan mula menuai buah yang mempunyai indek 3. Manakala indek 2adalah untuk pasaran eksport. Namun bagi pasaran Eropah, mereka sentiasa meminati Indek 5 untuk di makan memandangkan ianya dimakan segar.
Untuk rujukan berkenaan standard kualiti dan indeks buah tomato termasuklah saiz dan kualiti tomato untuk pasaran Malaysia , anda boleh melayari laman sesawang yang disediakan oleh FAMA di http://www.fama.gov.my/html/themes/fama/images/fama/content/tomato.pdf
bersambung ....
- dikemaskini pada 19 May 2011. sambungan akan dilakukan secara berperingkat.
1 comment:
Radang Paru-paru Copd.
Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment