TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, May 17, 2011

Tips Melancong ke Cameron Highlands... catatan kedua..


Nampaknya, catatan Tips melancong ke Cameron Highlands mendapat paling ramai pembaca, barangkali ramai yang mencari maklumat di internet untuk melawat Cameron Highlands.
Untuk kali ini rasanya eloklah kalau saya perincikan satu persatu mengikut pekan dan kawasan supaya dapat difokuskan disebalik pekan ke pekan yang terdapat di Cameron Highlands.
Cameron Highland berkeluasan 72 ribu km persegi dan terbahagi kepada beberapa Bandar kecil yang terbentuk di sepanjang laluan utama di Cameron Highlands hanya terdapat satu laluan utama menghubungkan Ringlet ke Kg Raja dan kerana itulah, perkembangan pekan-pekan kecil lebih tertumpu disepanjang laluan ini sahaja.
Kalau dimulakan perjalanan anda melalui Tapah , anda akan menemui Pekan Ringlet dan jika anda melalui Jalan baru Raub – Cameron Highlands anda akan menemui Pekan Bertam Valley terlebih dahulu dimana kedua-duanya adalah hub pertanian di daerah ini. Sebelum sampai di Tanah Rata terdapat beberapa persinggahan yang mungkin boleh anda pertimbangkan untuk siri lawatan anda.
Siri catatan ini adalah berkisar kawasan Ringlet – Bertam Valley- Habu dengan lebih terperinci dari kacamata saya.

Ringlet:
Pekan yang pertama akan anda temui sebaik melepasi 54 km pendakian berliku. Di sini tiada apa yang menarik kecuali penempatan petani dan pekannya yang terdiri daripada lembah sungai. Terdapat 2 stesen minyak iaitu Shell dan Petronas yang selalunya menjadi tempat menghilangkan pening serta mabuk dan paling utama Tandas percuma. Juga terdapat bank CIMB.
Cuma kalau anda ingin merasai Kari Kepala Ikan , apa kata singgah di medan selera untuk merasai Kari Kepala Ikan di gerai Sahak. Memang popular bagi kalangan orang Cameron Highlands. Terdapat sebuah apartment disebelah Shell iaitu Yellow House Apartment.
Bertam Valley:
Bertam Valley adalah pekan kecil dan yang pertama anda akan tempuhi jika melalui jalan baru Cameron Highlands – Pos Betau yang sudah digunakan sekarang. Uniknya melalui jalan ini anda akan melalui kawasan penempatan Orang Asli bermula dengan Pos Betau , Kg Cherus (Kawasan baru Empangan TNB), melalui persimpangan Pos Telanok , Kg Leryar, Pos Mensun, persimpangan Kuala Boh, Kg Sungai Tiang dan akhirnya akan melalui kawasan kebun sayuran dan bunga disepanjang laluan ini.
Memasuki pekan Bertam Valley pada hari biasa, anda akan mendapati terdapat banyak lori-lori sayur disini. Juga terdapat beberapa nurseri semaian bunga disepanjang jalan dan harganya lebih murah berbanding di Brinchang ataupun Kea Farm.
Habu:
Di sini bermula pilihan tempat lawatan atau persinggahan anda:
Lake House- jika anda mempunyai budget yang tinggi dan inginkan suasana colonial, maka inilah salah satu tempatnya. Namun agak jauh dari kawasan yang lain dan memerlukan kenderaan.
Sultan Abu Bakar Lake a.k.a Habu Lake – empangan hidro di Lubuk Tamang bagi TNB. Tapi jangan terperanjat dengan warna airnya yang boleh bertukar warna dari jernih kepada merah dalam sekelip mata. Airnya dialirkan melalui terowong bawah tanah ke beberapa stesen hidro yang boleh anda temui disepanjang jalan naik ke Cameron Highlands dan digunapakai sehingga Kuala Woh.
Kedai Sayuran-sayuran Habu Lake- Jika anda pulang melalui Tapah atau Raub , inilah tempat terakhir anda boleh membeli belah sayur-sayuran. Hampir sama harganya dengan tempat yang lain tetapi tidak banyak pilihan.

Bee Farm – bergerak menghala Tanah Rata anda bertemu jalan masuk ke Boh Centre. Disini anda boleh ke Boh Centre dengan melalui jalan sempit yang berliku-liku sekitar 8 km. Terdapat Ladang Lebah di tepi jalan dengan pelbagai pilihan termasuklah sarang lebah. Jika tidak mahu membeli disini, terdapat gerai yang sama dibuka di Pasar Malam Brinchang.
Kebun Water Crest- Jika anda ingin melihat pemandangan kebun water crest iaitu sejenis sayuran air yang ditanam dalam kolam berteres , anda boleh singgah sebentar disini dengan risiko sendiri kerana iainya tidak dibuka untuk orang awam tetapi dengan hanya berjalan kaki kurang daripada 3 minit anda akan menyaksikan permandangan yang berbeza. Tiada jualan dan tiada kawasan khas untuk pelancong.

Boh Centre- Di sini terdapat Boh Centre yang pertama dibina oleh Boh Plantation dan amat popular suatu ketika dahulu. Selain dapat menikmati teh anda boleh mengagahkan diri memanjat laluan berbukit untuk melihat pemandangan ladang teh dari puncak bukit.
Terdapat terowong masa dan tea centre untuk anda jelajahi beserta berpeluang menyaksikan pemprosesan daun tea secara langsung di kilangnya. Farlie Division ini mula dibuka pada tahun 1929 oleh J.A Russell dengan kerjasama A.B Milne, seorang penaman Teh dari Ceylon ataupun kini Sri Lanka. J.A Russell meninggal pada 1933 pada usia 50 tahun namun beliau telah meninggalkan legasi Boh kepada warisannya sehingga kini. Boh menghasilkan 4 juta kilogram teh setahun atau bersamaan 5.5 juta cawan the sehari .Biasanya ditutup pada setiap hari Isnin. Selain daripada itu terdapat sebuah chelet yang diuruskan oleh Malaysia Nature Society (MNS) di tengah-tengah pokok teh tetapi tetapi terhad kepada ahli MNS sahaja.
Semoga anda mendapat maklumat yang anda cari dan Insyaallah asaya akan mencuba untuk menulis berkenaan dengan Tanah Rata dan Brinchang dalam siri yang ketiga.



Jika anda merasakan artikel dan catatan ini membantu anda atau ada sebarang cadangan info untuk penambahbaikan, saya amat mengalu-alukan anda meninggalkan sedikit kata-kata di ruangan ulasan di bawah. 
Terima kasih.


1 comment:

Si Ketam Batu said...

Terima kasih tuan. Entri yang cukup berguna, walaupun saya pengunjung regular ke CH tapi info tuan tetap banyak membantu terutamanya berkaitan makanan dan penginapan.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock