(Siri Catatan ini adalah yang terakhir daripada lima catatan berkaitan dengan Tip Melancong ke Cameron Highlands)
Pemandangan Rumah Pekerja Sungei Palas Tea |
Kea Farm terletak 6 km daripada bandar Brinchang. Keunikan utama di sini adalah anda berada di Puncak Cameron Highlands.
Pertama, di sini terdapat hotel teringgi di Cameron Highland dan juga berada di ketinggian yang paling atas iaitu Equatorial Hotel. Pemandangannya cantik dan lokasi yang mengasyikkan bagi anda. Jika anda menginap di hotel ini maka lawatan anda untuk menjelajahi Kea Farm adalah sangat mudah.

Pasar Sayuran dan gerai jualan di Kea Farm amat terkenal dengan kunjungan MESTI Singgah bagi mereka yang datang ke sini. Terdapat pelbagai pilihan sayuran untuk anda beli dan bawa pulang. Juga terdapat anjung tinjau kalau tak silap bernama Sunrise yang boleh anda kunjungan di pertengahan tempoh membeli belah dan melihat pemandangan lembah kebun-kebun sayur.
Selain itu jika anda ingin melihat koleksi bunga rose, memandu melalui jalan yang sempit ke dalam Kea Farm akan menemukan anda kepada Rose Centre dengan dikenakan bayaran masuk yang minima. Namun jika anda membawa anak kecil atau orang tua, saya suka mengingatkan ianya kurang sesuai.
Di hadapan Kea Farm terdapat Raju Hill Strawberry yang selalunya menjadi pilihan saya jika ingin membeli strawberry kerana terasa lebih manis. Kebiasaannya , laluan di Kea Farm adalah amat sibuk dan menjadi punca utama kepada kesesakan jalanraya di sini apabila pengunjung meletakan kenderaan di sepanjang jalan.

Di sepanjang Kea Farm anda menemui satu lagi persingahan membeli belah iaitu di persimpangan masuk Sungai Palas Tea Centre. Suasananya hampir sama cuma jumlah kedai yang kurang. Terdapat Taman Rama-rama dan Lebah di sini. Bagi mereka yang menaiki rombongan, di sini adalah perhentian meletak bas jika berhajat untuk ke Sungei Palas Tea Centre dan terdapat bas-bas mini yang menawarkan perkhidmatan shuttle dengan bayaran tertentu.
Tea Centre- Sungei Palas |
Jika anda berkunjung pada waktu cuti umum dan sekolah, pastinya perjalanan 15 minit ini akan menjadi lebih dari sejam. Sambil anda melihat pemandangan ladang teh yang menakjubkan, anda akan sampai ke Tea Centre di mana terdapat kedai jualan, galeri teh, cafe dan berpeluang memasuki dan menyaksikan sendiri kilang pemprosesan teh beserta juruinfo yang begitu ramah memberi penjelasan dan penerangan secara percuma.
Namun anda perlu berjalan kaki dicelahan rimbunan pokok teh dan sedikit mendaki untuk sampai ke sini. Bagi yang mempunyai orang tua dan ibu mengandung, maklumkan kepada Polis Bantuan untuk kebenaran memandu sehingga ke Tea Centre.
Terdapat satu lagi pilihan menarik untuk anda kunjungi di sini. Apa kata anda lencongkan perjalanan anda sejauh 8 km ke puncak Gunung Brinchang iaitu puncak tertinggi di Malaysia yang boleh dilalui oleh kenderaan.
Kereta anda bersaiz kecil pun boleh dipandu ke sana malah anda akan dapat menyaksikan permandangan ladang teh yang lebih cantik di laluan ini dan laluan trafik selalunya agak kurang.
Kereta anda bersaiz kecil pun boleh dipandu ke sana malah anda akan dapat menyaksikan permandangan ladang teh yang lebih cantik di laluan ini dan laluan trafik selalunya agak kurang.
Pemandangan tea plantatation |
Manakala di kebun sayur ini, jika anda menemui ada pekerja Bangladesh sedang bekerja, anda boleh bertanya jika mereka ada sayur-sayuran khasnya kubis untuk dijual dan selalunya segar dan lebih murah.
Melewati laluan seterusnya anda akan melalui laluan berkabus kerana sudah hampir ke puncak gunung malah anda mungkin merasa lebih sejuk dan suasana berkabus sepanjang laluan dan kelihatan lumut-lumut di sepanjang tebing jalan.
Laluan Mossy Forest ini adalah sebahagian laluan pendakian ke Gunung Irau. Jika anda seorang pendaki, menariknya di sini anda akan mengikuti laluan rabung yang betul-betul memisahkan sempadan Negeri Pahang dan Perak dan adakalanya sebelah kaki anda adalah di Negeri Perak.
Mossy Forest akan mengingati suasana Filem Puteri Gunung Ledang, tatkala Hang Tuah bertemu dengan Puteri di Puncak Gungung Ledang dengan suasana pokok yang berlumut dan berkabus.
Cuma kini ianya telah dinaik taraf dengan laluan kayu yang lebih selesa dan anda boleh melihat pelbagai tumbuhan dan lumut gunung di sepanjang laluan 800 meter ini.
Meneruskan perjalanan ke hadapan sedikit anda akan sampai ke Puncak Gunung Brinchang yang terdapat menara pandang dan jika anda bernasib baik, bukan hanya Bandar Brinchang yang akan anda nampak malah Bandaraya Ipoh juga boleh dilihat pada cuaca yang baik .
Malah ada yang mengatakan Selat Melaka pun dapat dilihat , tetapi tak pernah pula saya dapat peluang ini. Mungkin belum kena masa yang sesuai barangkali.
Malah ada yang mengatakan Selat Melaka pun dapat dilihat , tetapi tak pernah pula saya dapat peluang ini. Mungkin belum kena masa yang sesuai barangkali.
Tringkap:
Menuruni dari Kea Farm atau jika anda melalui Simpang Pulai, anda akan menemui deretan gerai dan kedai di pekan Tringkap. Pekan Tringkap ini adalah antara hub pertanian di sini. Untuk anda melalui jalan-jalan ke kebun adalah tidak dinasihatkan kerana hanya sesuai untuk pacuan empat roda. Namun Tringkap terdapat juga Taman Ros dan Lebah yang boleh anda singgah.
Barangkali untuk perhentian membeli belah yang terakhir.
Kuala Terla:
Kuala Terla juga merupakan satu lagi hub pertanian di Cameron Highlands dan Tomato adalah tanaman utama di sini. Namun di sini tiada tempat untuk membeli belah. Terdapat sebuah persinggahan Cameron Valley Tea milik Bharat Tea Plantation. Di sini sekali lagi anda dapat menikmati tea pelbagai perisa dan sungguh sesuai untuk merasai laluan di celahan pokok teh dan tidaklah terlalu mendaki.
Kg Raja:
Kg Raja terkenal dengan tanaman tomato dan bunga-bungaan khasnya Ros namun tidak pula menawarkan peluang untuk anda membeli terus dari ladang. Terdapat sebuah Masjid baru di Pekan Kg Raja selain kemudahan Bank CIMB. Terdapat juga pilihan gerai makan melayu di tepian jalan utama.
Blue Valley:
Blue Valley asalnya dalah kawasan pengeluaran teh di atas jenama Blue Valley Tea tetapi kini telah tiada dan diambil alih oleh petani-petani yang mengusahakan tanaman tomato dan sayuran lain. Di sini mula menjadi hub pertanian yang pantas berkembang selepas pembukaan jalan baru Simpang Pulai ke Gua Musang.
mrkumai.blogspot.com mengucapkan selamat bercuti kepada anda yang memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pilihan. Untuk maklumat terperinci dan yang lain, anda boleh membuat carian-carian di Internet berkenaan dengan Cameron Highlands. Apa yang saya paparkan adalah atas pengamatan peribadi saya semata.
-dikemaskini pada 21 September 2011
1 comment:
macammana nak pergi mossy forest neh??
Post a Comment