TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, May 14, 2011

Nutrient Film Technique


Sebelum ini dalam Red Coral issue aku ada sebutkan berkenaan Nutrient Film Technique atau NFT dalam penanaman salad di Cameron Highlands dan selepas itu ada yang bertanya lebih lanjut. Rasanya untuk kali ini lebih sedikit dengan sistem NFT ini untuk kita kongsi bersama. Cuma mungkin penjelasan ini tidaklah sampai terlalu detail sangat sebab aku pun bukan arif dalam hal ini. Cuma berdasarkan pengalaman harian yang ada.

NFT adalah singkatan bagi Nutrient Film Technique yang berasaskan konsep hidropnik. Hidroponik pula adalah konsep tanaman berasaskan air sebagai media tanaman yang membekalan keperluan tanaman. Jika kita menanam tanaman di tanah, keperluan utama adalah air, oksigen dan nutrient yang merupakan asas keperluan tanaman. Namun konsep hidropnik ini juga memainkan peranan yang sama cuma berasaskan air sebagai media atau juga dinamakan soiless culture.

Soiless culture jugak melibatkan penggunaan media selain daripada tanah sebagai media tanaman contohnya sabut kelapa atau apa juga media seumpamanya. Hidropnik kalau tak salah pemahaman aku terbahagi kepada dua jenis iaitu terbuka dan tertutup. Kalau dalam bahasa mudah 'open and close'.

Terbuka adalah merujuk kepada sistem tanaman hidroponik yan tidak menggunakan semua kitaran air untuk tanaman atau dalam bahasa inggeris digelar 'run to waste' manakala tertutup adalah konsep di mana air tersebut akan digunakan semula atau 'recyling'.

Maka kedua konsep ini mempunyai set up yang jugak berbeza iaitu media tanaman dan sistem pembajaan. Run to waste adalah system media tanaman didalam bekas tanaman yang menggunakan sistem dripper manakala recyling adalah sistem tanaman yang membolehkan air dikitarkan semula ke sistem pam dan digunakan semula dan salah satunya tekniknya adalah NFT.

Di Malaysia khasnya di Cameron Highlands, sistem ini cukup terkenal dikalangan pengusaha tanaman salad dan menjadi pilihan utama berbanding dengan tanaman di atas tanah. Alhamdulillah , di tempat aku mencari rezeki ini juga turut menggunakan sistem yang sama dan lebih beruntungnya terlibat dari awal perancangan, pembinaan dan kini mula kepada tanaman.

Sistem NFT mempunyai pelbagai versi mengikut daya inovatif pekebun itu sendiri. Permulaan perancangan mestilah kita mengetahui apakah jenis tanaman yang boleh dan kita mahukan. NFT biasanya menumpukan hanya tanaman berdaun dalam lingkungan kitaran kurang 50 hari.

Konsep NFT adalah seperti berikut;

1. Air akan digunakan semula.

2. Baja atau nutrient tanaman akan dibancuh bersama air menggunakan baja water solube mengikut resipi yang telah disediakan.

3. Palung tanaman akan digunakan sebagai plot tanaman,
4. Kutipan air akan disalurkan kembali ke pam untuk dipam semula ke dalam sistem secara berterusan.
5. Benih tanaman adalah dalam lingkungan 20-25 hari di nurseri sebelum dipindahkan ke plot tanaman.6. Media benih tanaman biasanya menggunakan media perlite, peatmoss dan kadangkala vermiculite untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti pengudaraan, penyerapan larutan dan pertumbuhan akar. Benih pokok yang sedia dipindahkan mestilah mempunyai akar yang sihat untuk menyerap nutrient ketika larutan air ini bergerak. Akar tidak boleh terendam dalam air yang bertakung bagi mengelakkan penyakit serakan kulat atau bakteria.7. Keperluan air bergerak mestilah sekitar 4-5.5 liter setiap minit di bahagian hujung plot tanaman. Terlebih laju menyebabkan akar tidak akan dapat menyerap nutrien dengan baik dan terlalu perlahan akan menyebabkan akar terendam.

8. Biasanya perbezaan suhu antara suhu air dan udara berada dalam julat 2 degree dan lebih besar lebih baik. Suhu yang terlampau panas menyebabkan ion-ion dan larutan nutrient akan bertindak balas dan ibarat kita meminum air panas, sama seperti akar pokok juga.
9. Tempoh matang adalah sekitar 25-35 hari sebelum dituai mengikut varieti tanaman.


Penjagaan Ketika Tanaman:

1. 'EC' larutan mestilah dikawal selalu. Ideal bagi tanaman salad sekitar 1.4 hingga 1.7.
2. PH air sekitar 5.5 hingga 7 sebagai ideal.Suhu persekitaran sekitar bawah 20 degree.

3. Cahaya Matahari dalam lingkungan 4 hingga 6 jam sehari.

4. Larutan air mesti bergerak secara berterusan 24 x 7. Kegagalan akan menyebabkan pokok akan layu dan menjejaskan pertumbuhan.


Penjagaan Kawalan Penyakit:
1. Cukup sensitif dengan penyakit bawaan a

ir seperti xanthomonas, phytium, preseudomonas, erwinia, rhizotonia dan apa juga berasaskan virus atau bacteria.
2. Kekurangan EC dan PH boleh dikesan melalui pertumbuhan yang perlahan dan kurang daya tahan penyakit.

Kelebihan NFT:
1. Cekap dan pertumbuhan yang seragam.
2. Pusingan tanaman yang lebih cepat memandangkan tanaman yang dituai boleh ditanam semula pada hari yang sama.
3. Tertutup dan mudah kawalan penyakit dan serangga perosak.Kos buruh yang murah.
4. Kelemahan NFT:
5. Kos permulaan yang mahal.Perlukan pengawasan berterusan.
6. Tanaman yang sesuai:Jenis berdaun seperti salad.
7. Kitaran tanaman sekitar 50 hari.

Kelemahan NFT:

1. Modal yang sedikit besar
2. Hanya sesuai untuk sayuran berdaun
3. Pengunaan elektrik yang tinggi setiap bulan
4. Sensitif pada penyakit bawaan air.
Di harapkan dengan perkongsian sedikit maklumat beerkenaan NFT ini dapat memberi sedikit gambaran awal berkenaan dengan pertanian moden yang semakin mendapat perhatian dan sambutan dikalangan petani di Malaysia.

Cuma yang penting adalah komitmen sepanjang masa untuk memastikan ianya bukan sekadar satu sistem tanaman moden tapi mempunyai nilai kormesial yang boleh menjana keuntungan.


Tepuk dada , tanya selera... apakah anda sedia dan sudi membawa imej dan nama seorang petani ....

2 comments:

Laura Azura Zainal said...

di mana nie? sy bercadang nak ke CH weekend ini. Dan boleh suggest beberapa ladang seperti ini untuk dilawati?

TQ in advance

Mrkumai @ Jack said...

Laura,
untuk ke kebun diatas memang tidak dibuka untuk kunjungan awam.

Tetapi untuk melihat sistem NFT yang sama, saya amat mengesyorkan anda ke Big Red Strawberry di Brinchang.

Mereka membuka taman agrotourism yang menunjukan sistem nft ini dengan terbuka dan anda boleh memasuki kawasan tanaman ini untuk mengetahui lebih dekat ...

masuk percuma.

Satu lagi di Stesen Mardi Tanah Rata yang mempunyai plot trial yang menunjukan sistem ini dengan pelbagai kaedah dan bentuk yang lain. Cuma saya dapati tanaman mereka bermusim mengikut kajian mereka.

Big Red Strawberry mengusahakan secara kormesial dan skala besar.

Yang gambar saya kongsikan ini sekadar 'pandangan anda semata...

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock