TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, April 28, 2016

Tips Bercuti di Cameron Highlands 24

Tips bercuti ke 25 ini saya nak kongsikan mengenai pemilihan homestay atau apartment.

TIPS 95 : KEADAAN DAN LOKASI APARTMENT PERCUTIAN

Saya melihat sejak dua menjak ini dalam beberapa facebook baik yang individu mahupun dalam group tertentu di mana pengusaha atau oranga tengah apartment dan homestay yang membuat poster mengenai apartment dan homestay mereka menggunakan latar belakang yang meragukan seperti berikut:

a. Latar belakang ladang teh
b. Latar belakang ladang sayur
c. Latar belakang matahari terbit
d. Latar belakang air terjun
e. Latar belakang strawberry 

Saya tidak menyatakan salah untuk anda menggunakan kaedah promosi yang sebegini kerana ianya mudah menarik perhatian bakal penyewa yang sememangnya akan membayangkan homestay mereka nanti akan mempunyai pandangan yang dinyatakan. 

Kapsyen 'sekadar ilustrasi' juga tidak dinyatakan dalam poster tersebut seperti mengiyakan dan mengesahkan unit tersebut akan mempunyai pemandangan sedemikian. 

Saya menasihatkan kepada bakal penyewa untuk mendapatkan pengesahan sebelum membuat tempahan kerana tidak mahu anda rasa tertipu dan akhirnya mood bercuti menjadi hambar. 

Keadaan rumah dan sebagainya seharusnya hampir sama dengan gambar yang ditawarkan namun memahami akan konsep yang sama juga diguna pakai oleh pihak hotel dan resort maka ianya harus dianggap seadaanya. 

Bagi saya sukar untuk mencari apartment yang berada dalam ladang sayur kecuali di kawasan Kampung Taman Sedia yang mana memang di dalam kawasan kebun sayur atau strawberry. 

'Agro Highlands Resort' terus dalam kebun strawberry jadi tidak salah kepada pengusaha ini menggunakan nya sebagai tarikan utama. 

Manakala tiada langsung apartment atau homestay dalam  atau mempunyai pemandangan ladang ladang teh setakat ini kecuali Chalet MNS yang dikhabarkan sedang ditutup untuk kerja naik taraf. 

Bagi berlatarkan air terjun pula memang tiada kecuali air terjun buatan. Sebabnya tiada apartment di Parit Fall, Robinson Fall atau Bisik Waterfall malah di Bharat Tea sekalipun. 

Bagi berlatarkan gunung ganang, pastikan orientasi apartment atau homestay anda benar-benar menghadap ke arah ini speerti yang dipromosikan kerana bimbang nanti bukak tingkap arah kubur pula sebenarnya. 

Jadi sebagai bakal penyewa , dapatkan pengesahan.  

Kepada pengusaha homestay dan apartment, catatan ini bukan nak tabur pasir dalam periuk nasi anda tetapi lebih kepada menyeru 'jujur' dalam berurusniaga... rezeki halal kan bagus .... 

Wednesday, April 27, 2016

Matahari Terbit di Gunung Brinchang

Ini sekadar nak berkongsikan detik matahari terbit minggu sudah di puncak Gunung Brinchang yang tidak menjadi sebab matahari terbit lebih awal dari jangkaan. 


Bagi yang nak mengambil gambar dan menyaksikan matahari terbit di puncak gunung ini perlulah lebih awal mendaki naik ke sini. 

Caranya mudah sahaja, bawa kereta anda ke sini kerana laluan naik adalah sesuai untuk semua jenis kenderaan ringan.

Selebihnya saya kongsikan sahaja gambar di sana... 

Insyallah, nak ulang kembali ke sana mengejar matahari terbit .. sebelum puasa.. 

Tips Bercuti di Cameron Highlands 23


TIPS 94 : AIR TERJUN DI CAMERON HIGHLANDS

Untuk tips ini saya nak kongsikan lokasi Air terjun di Cameron Highlands. 

Nampak macam menarik tapi sebenarnya tidak kerana tidak sesuai untuk mandi manda kerana air yang kotor akibat aktiviti di huluan yang melibatkan pertanian dan juga penempatan penduduk .

Pertama : Parit Fall di Taman Sedia. Di sini anda boleh mengunjungi kawasan rekreasi ini dengan mudah. Sesuai untuk menggunakan kemudahan di sini sebagai tempat makan belakan anda dan rehat selepas penat berjalan. 

Kedua : Robinson Water fall yang terletak di Persiaran Dayang Endah Tanah Rata. Untuk melihat air terjun ini, anda kena berjalan hampir 800 meter melalui denai yang disediakan. 

Tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak dan warga emas kerana jarak dan permukaan jalan yang tidak rata.

Ketiga : Yang menjadi viral adalah air terjun di dalam Ladang Teh Bharat Tea. Ianya adalah air terjun yang dinaiktaraf oleh pemilik ladang teh ini dan bersifat sebagai kawasan persendirian.

Untuk ke sini, anda perlu memasuki di Tea Centre 1 Bharat Tea sebelum berjalan ke bawah untuk ke air terjun sekitar 1.5 km dan peritnya ketika nak kembali ke kereta anda.

Kerana ianya terletak dalam kawasan persendirian, maka peraturan untuk ke sana ditetapkan oleh pihak terbabit bukannya agensi kerajaan.  Jangan nak bantah dan protes sangat ya. 

Keempat: Air Terjun Bisik.. saya malas nak komen sebab dah namanya bisik dan tak tahulah statusnya. Saya mendapati ianya dimajukan dan cuba dibuka namun gagal untuk menarik pengunjung ke sini.

Kelima: Air Terjun Lata Iskandar di Jalan Pahang atau lebih  dikenali Jalan Tapah.  Namun ini bukan di dalam daerah Cameron Highlands. Tapi dah anda nak naik Cameron Highlands, maka nikmati sahajalah keindahan air terjun Lata Iskandar. Lebih cantik dari mana-mana air terjun di Cameron Highlands. 

Tuesday, April 26, 2016

Tips Bercuti di Cameron Highlands 22


TIPS 93 : BERMULA AWAL PAGI.

Saya ingin menyarankan anda memulakan hari di Cameron Highlands seawal yang boleh kerana ada beberapa aktiviti yang sangat mengujakan boleh dilakukan di awal pagi. 

Jika anda ingin melihat matahari terbit, maka mulakan seawal pukul 6.15 pagi di Ladang Teh Sungei Palas yang memang lokasi terbaik untuk melihat matahari terbit. 

Saya telah kongsikan beberapa catatan awal mengenainya tahun dahulu dan terkini dalam dua minggu ini. 

Cadangan yang lebih ektrems adalah anda naik ke puncak Gunung Brinchang dan melihat sendiri matahari terbit dari menara pandangnya.

Lebih mudah untuk melakukannya dengan mengambil pakej lawatan yang dipanggil 'MORNING MADNESS' di agensi perlancongan tempatan di mana mereka akan membawa anda ke lokasi-lokasi menarik di awal pagi tanpa anda perlu memikirkan arahnya. 

Jika ingin melakukan sendiri juga tidak menjadi masalah namun lakukan sedikit kajian maklumat ini lebih awal untuk memastikan perjalanan anda lancar dan tidak terlepas detiknya.  

Bagi anda yang suka berjoging, juga lakukan aktiviti ini di awal pagi di ladang teh ini kerana suasana kesegarannya amat berbeza sekali. 

Jika anda bernasib baik, anda boleh menemui pemetik daun teh yang juga memulakan tugas mereka seawal 6.30 pagi di sini. 

Semuanya kerana inginkan kesegaran dan anda hanya akan menikmatinya seawal pagi.

Jadi, mulakan hari anda seawal yang mungkin...

Tips Bercuti di Cameron Highlands 21


Tips bercuti seterusnya setelah sekian lama menyepi catatan sebegini adalah berkisarkan dengan bercuti ala gaya atau aktiviti lasak.

TIPS 92 : MEMASUKI KAWASAN HUTAN SIMPAN.

Jika anda berniat untuk melakukan aktiviti lasak memasuki hutan simpan seperti mendaki gunung dan melakukan kajian sebagainya, perlu anda ketahui bahawa terdapat undang-undang dibawah Akta Perhutanan 1984 yang memerlukan anda mendapatkan permit memasuki dan melakukan aktiviti di hutan simpan terlebih dahulu. 

Ini bukan sekadar perlaksanaan undang-undang tetapi juga lebih kepada keselamatan dan memastikan semua aktiviti yang dilakukan mematuhi peraturan sedia ada ke arah menjaga khazanah alam sedia ada. 

Jadi jika anda berhajat untuk memasuki hutan simpan, patuhi peraturan ini kerana kita tidak tahu apakah akan terjadi dengan keselamatan diri kita dan kita juga tidak tahu bilakah penguatkuasaan dilakukan. 

Terjadi pada minggu sudah di mana pihak Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands telah melakukan pemeriksaan di pintu masuk ke Gunung Irau dan didapati hampir 50% pendaki yang ingin mendaki ke Gunung Irau tidak memohon permit berkenaan dan akhirnya mereka tidak dibenarkan melakukan aktiviti tersebut.

Saya ada kongsikan proses untuk mendapatkan permit memasuki dan melakukan aktiviti di Hutan Simpan seperti dalam catatan ini. KLIK

Rancang aktiviti anda supaya anda tidak kecewa apabila di larang mendaki setelah datang dari jauh. 

Semoga tips ini membantu anda dan rakan-rakan yang lain.

Monday, April 25, 2016

Khazanah Berlumut di Gunung Brinchang

Catatan ini khas untuk berkongsikan gambar sekitar Gunung Brichang yang saya namakan Khazanah Mossy (Berlumut) Gunung Brinchang.


Saya ambil gambar ini bersama rakan pada hari Ahad yang lalu di lokasi yang saya rahsiakan.

Kalau anda boleh atau sudah tahu, tak kisahlah dan silakan tetapi biarlah sedikit yang tahu sebab kawasan ini tidak memerlukan tumpuan ramai kerana sudah wujud kesan kerosakan yang nyata di kawasan ini.

Lokasi yang terbaik dan tersedia kemudahan yang serba lengkap untuk dikunjungi bagi melihat hutan berlumut adalah di Mossy Forest yang dibuka kepada umum.



Selebihnya saya kongsikan di dalam album facebook saya di mrkumai.blogspot,com .

Matahari Terbit di Sungei Palas...

Saje-saje nak kongsikan 5 keping gambar sunrise di Sungei Palas Tea Plantation.


Bukan apa sekadar nak berkongsi minat sahaja mana tahu ada yang terdetik nak ke sana untuk melihat dan merakamkan detik matahari terbit di sini yang unik sebab 'berlatardepankan' renek daun teh yang terhampang luas..

Semalam saya ke sana juga cuma lebih awal dari minggu sudah namun suasana matahari terbit tak sebegini walaupun lebih awal sampai.


Kalau ikut aplikasi Sunrise dalam telepon pintar rakan saya yang menggunakan android berbanding saya yang menggunakan blackberry, waktu matahari terbit semalam adalah sekitar 6.25 pagi.

Saya sampai 6.50 pagi dan gambar yang saya kongsikan ini diambil sekitar 7.33 pagi dua minggu yang sudah.


Jadi amat berbaloi untuk anda memuatnaikan aplikasi android tersebut. Saya lupa pulak nak bertanya aplikasi apa yang dipakai oleh rakan saya itu.

Yang datang dari jauh, saya syorkan anda bersedia dengan sehala maklumat yang ada membantu. Saya tak apa, minggu depan boleh layan lagi..


Gambar-gambar ni saya tak edit berisa sekadar crop dan auto level sahaja serta kalau perlu gelapkan sikit curvenya.

Google untuk carian gambar matahari terbit di lokasi ini oleh pengunjung yang lain . Anda akan terlebih rasa teruja dari hasil mereka.


Jangan kecam saya ya. Semuanya hasil amatur belaka... 

Kunjungan ke Boh Tea Centre Sungei Palas .. 2016

18 Keping gambar ini adalah sekitar Boh Tea Centre di Sungei Palas dalam kunjungan saya minggu sudah bersama rakan selepas mengambil gambar matahari terbit di salah satu sudut terbaik di sini.



Tapi memandangkan ini perkongsian saya yang kali ke berapa ntah mengenainya, saya memilih untuk membuat sedikit edit ringkas gambar-gambar di sini dengan aplikasi Piacasa 3 yang percuma.

Saya gunakan kesan khas Cinema.


Namun yang istimewanya adalah saya masuk sebelum orang lain masuk ke sini dan suasana Cafe yang kosong sebelum dibuka pada pukul 9 .. 

Macamana caranya.. biarlah rahsia.

Cuma saya tidak ke kawasan Kedai Teh dan juga ruangan kilang teh sebab dah ramai yang masuk selepas pukul 9.


Permit Memasuki kawasan Hutan Simpan atau pendakian di Cameron Highlands


Hari Sabtu yang lepas iaitu 23 April 2016, kecoh di laman facebook pendaki-pendaki yang tidak dibenarkan untuk mendaki Gunung Irau oleh Renjer Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Ini kerana pendaki ini tidak mempunyai 
PERMIT MEMASUKI DAN MELAKUKAN AKTIVITI DI HUTAN SIMPAN.

Memang ada peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhutanan 1984 kalau tak silap saya yang memerlukan pemit memasuki kawasan hutan simpan kecuali kawasan hutan simpan yang telah disenaraikan sebagai kawasan rekreasi atau umum seperti kawasan air terjun, taman-taman khas dan juga kawasan perkhemahan.

Jadi bagaimana nak memohon permi tersebut ?

Sila rujuk kepada panduan di papan tanda di dalam gambar.

Selamat merancang.. jangan tak rancang... 

dan jangan kecam saya mengenai peraturan ini kerana bukan saya yang melaksanakannya. 

Jauh-jauh datang .. sampai kat pintu masuk sahaja nanti ..

Friday, April 22, 2016

Homestay di Felda Kumai, Bera , Pahang


Saya nak kongsikan salah satu perkhidmatan homestay di Felda Kumai, Bera, Pahang.

Bagi mereka yang memerlukan khidmat homestay untuk urusan sekitar di Bera, anda boleh menghubungi pemilik Homestay ini untuk urusan seterusnya. 

Ingat hubungi mereka iaitu :
Puan Jiah 019-9969494 atau Puan Azemah 019-9351086
dan bukannya saya kerana saya sekadar berkongsi maklumat ini. 

Selamat datang ke Felda Kumai, Bera Pahang.

Kampung saya ni...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock