Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, April 7, 2016

Koleksi Pemetik Daun Teh April 2016

Sekitar koleksi terbaharu "Tea Plucker" dari lensa amatur saya. Laluan kerja harian saya yang melalui ladang teh di sini setiap hari memang menarik minat untuk singgah terutamanya ketika kerja-kerja memetik daun teh.


Kebetulan kelmarin, kawasan ini dipetik secara manual berbanding penggunaan mesin penuai sebelum ini yang mana aktiviti menuai seperti itu seringkali saya kongsikan dalam  catatan dan album terdahulu. 

Lebih menarik untuk melihat sendiri kerja-kerja memetik daun teh secara manual sebegini dan kelihatan lebih meriah dan kualiti pucuk daun teh juga adalah berkualiti premium. 

Mengikut sumber lisan pekerja terbabit, mereka memetik daun teh secara manual selepas beberapa kali menggunakan mesin tuaian bagi memastikan daun dan pokok teh terpelihara serta bagi tujuan penghasilan teh bergred tertentu seperti yang diperlukan.   

Cuma saya masih belum menemui pemetik daun teh menggunakan tangan seperti dahulu di mana-mana ladang teh di sini di mana hanya gambar lama sahaja dapat dilihat aktiviti tersebut. 

Kolesi 75 keping gambar selebihnya boleh dilihat di laman facebook mrkumai.blogspot di sini hasil 15-20 minit mengikuti pemetik daun teh ini melakukan kerja tuaian mereka.


No comments:

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: