TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, April 19, 2016

Mana nak tempah Kek di Cameron Highlands?

Saya pernah membuat catatan mengenai perkhidmatan membuat kek di Cameron Highlands sebelum ini. Saya rasa ada dua atau tiga catatan mengenainya. 

kek ini saya isteri saya tempah dari rakan sekerjanya. 
Dan kali ini saya tambah satu lagi catatan mengenai bagaimana nak tempah kek di Cameron Highlands khasnya mereka yang nak meraikan sesuatu majlis atau ulangtahun di sini. 

Dan pastinya hendak membawa kek dari bawah agak susah. 

Untuk catatan kali ini saya kongsikan salah satu update pertanyaaan oleh beberapa orang rakan di Facebook Cameron Highlands Group yang mendapat banyak feedback jawapan balas dari rakan-rakan di Cameron Highlands. 


Saya syorkan anda menyertai dan menjadi rakan di facebook ini jika mahukan lebih banyak maklumat dan juga maklumbalas segera mengani Cameron Highlands. 

Berbalik kepada kek yang nak ditempat, saya boleh katakan mereka adalah 'homemade baker' dan tiada kedai kek yang khusus oleh pengusaha melayu. 

Jadi tempahan anda berdasarkan percaya kepada kemampuan pengusaha ini dan dapatkan contoh gambar dari mereka yang rata-rata mempunyai facebook. 


Untuk menghubungi mereka, lihat jawapan dan juga saranan yang telahdiberikan untuk pertanyaan ini dan anda buat carian di Facebook nama sipengusaha kek tersebut dan tersukan hubungi mereka. 


Bukan hubungi saya ya... 

Cuma etika berurusan secara online, kena percaya dan jika ada pembatalan, sila buat dengan langkah sewajarnya bukannya tidak muncul begitu sahaja. 

Selamat mencuba...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock