TIPS 93 : BERMULA AWAL PAGI.
Saya ingin menyarankan anda memulakan hari di Cameron Highlands seawal yang boleh kerana ada beberapa aktiviti yang sangat mengujakan boleh dilakukan di awal pagi.
Jika anda ingin melihat matahari terbit, maka mulakan seawal pukul 6.15 pagi di Ladang Teh Sungei Palas yang memang lokasi terbaik untuk melihat matahari terbit.
Saya telah kongsikan beberapa catatan awal mengenainya tahun dahulu dan terkini dalam dua minggu ini.
Cadangan yang lebih ektrems adalah anda naik ke puncak Gunung Brinchang dan melihat sendiri matahari terbit dari menara pandangnya.
Lebih mudah untuk melakukannya dengan mengambil pakej lawatan yang dipanggil 'MORNING MADNESS' di agensi perlancongan tempatan di mana mereka akan membawa anda ke lokasi-lokasi menarik di awal pagi tanpa anda perlu memikirkan arahnya.
Jika ingin melakukan sendiri juga tidak menjadi masalah namun lakukan sedikit kajian maklumat ini lebih awal untuk memastikan perjalanan anda lancar dan tidak terlepas detiknya.
Bagi anda yang suka berjoging, juga lakukan aktiviti ini di awal pagi di ladang teh ini kerana suasana kesegarannya amat berbeza sekali.
Jika anda bernasib baik, anda boleh menemui pemetik daun teh yang juga memulakan tugas mereka seawal 6.30 pagi di sini.
Semuanya kerana inginkan kesegaran dan anda hanya akan menikmatinya seawal pagi.
Jadi, mulakan hari anda seawal yang mungkin...
No comments:
Post a Comment