Sepanjang saya berada di Sungei Palas Tea untuk merakamkan gambar matahari terbit saya mendapati beberapa kenderaan yang membawa pendaki ke Gunung Irau berulang alik menghantar mereka.
Malah dalam perjalanan saya tadi di hadapan Masjid Brinchang seawal pagi mereka telah berkumpul di situ.
Akan saya kemaskinikan dari masa ke semasa.
Cuma semenjak Gunung Irau ini dibuka semula untuk pendakian oleh Pejabat Perhutanan, saya lihat memang tidak putus-putus pendaki ke sana dan ada gambar rakan-rakan pendaki yang menunjukan dah berupa pasar pulak di puncaknya.
Tak apa, Bukit Broga pun penuh setiap hujung minggu kan .. Cuma jaga keselamatan dan pelihara keaslian sumber dan khazanah hutan untuk orang lain dapat melihat sama di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment