Untuk yang seterusnya, saya ingin berkongsikan mengenai LAMAN DAPUR ataupun Edible Garden yang suatuketika dahulu amat popular terutama ketika zaman Tun Abdullah Badawi kerana minat Tun Jean kepada pertanian.
Stesen MARDI juga mempunyai model Laman Dapur untuk anda kunjungi dan mungkin mengambil inpirasi pula untuk membuatnya di rumah bairpun kecil dan hanya sebahagian.

Uniknya saya melihat susun aturnya ringkas dan boleh anda tiru untuk laman dapur anda sendiri.
Tanaman seperti serai, sayur berdaun, pasli, daun sup, buah kundur nampak menarik bila digabungkan menjadi taman. Peralatan dan perkakasan laman ini agak ringkas dan murah sesuai untuk budget kita.
Terletak bersebelahan dengan pusat jualan tanaman dan plot ujikaji tanaman memang sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan pelawat dan pastinya anak-anak kecil pasti gemar berlari-lari dilaluan gajah menyusurnya.
Selamat berjalan ...
No comments:
Post a Comment