TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, July 2, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Cameron Highlands kini di Bangsar

 Memetik Artikel dari Kosmo online. Kini jika anda teringinkan merasai teh Bharat , tidak perlu mendaki 270 liku jalan ke sini tetapi sekadar perlu ke Bangsar.

AROMA teh masala menerjah deria bau saat melangkah masuk ke dalam sebuah ruang kafe. Paduan rempah, cengkih, kulit kayu manis, susu dan gula menjanjikan rasa yang tinggi nilainya buat penggemar teh terapeutik.

Bukan itu sahaja yang ditawarkan kepada pengunjung, malah lebih 40 jenis teh sedia menawan orang ramai yang hadir ke Kafe Cameron Valley di Bangsar, Kuala Lumpur.

Dibuka secara rasmi pada bulan Oktober tahun lalu, kafe berkonsep restoran itu menyajikan variasi hidangan Barat, berbeza daripada tiga kafe mereka sebelum ini yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.

Kafe yang mampu memuatkan kira-kira 50 orang dalam satu-satu masa itu cuba mendidik rakyat Malaysia agar memilih teh sebagai minuman rasmi tatkala menjamu selera.

Berbeza dengan kopi, minuman itu lebih sesuai disatukan bersama snek. Namun begitu, kelebihan teh terletak pada kebolehannya bergandingan dengan makanan berat.

Menu unik
Mereka yang mahukan menu unik digalakkan mencuba nepalese momo’s sebagai pembuka selera. Ia merupakan juadah dari Nepal yang kelihatan seperti karipap. Ayam cincang, kobis, bawang dan rempah masala merupakan bahan-bahan dalam makanan tersebut.

Jangan hentikan kenikmatan pembuka selera begitu sahaja. Isi perut anda dengan sandwic donat yang hanya terdapat di kafe tersebut. Kepingan ham ayam bersama telur hancur, tomato dan krim keju menjadikan ia sandwic yang wajib dicuba. Tambahan pula, ia menggunakan donat dan bukan roti biasa.
Bagi menggandakan rasa dua menu tersebut, pilih teh panas berperisa strawberi, lemon, oren atau anggur. Bagi yang cenderung pada teh asli, tidak salah menukar kebiasaan dengan mencuba teh herba seperti tongkat ali, serai, misai kucing dan halia.

Kebiasaan makan tengah hari bersama sepinggan nasi dan lauk-pauk mungkin perlu diubah. Sekali-sekala, apa kata lenyapkan selera Melayu dan memilih juadah Barat. Sandwic daging lembu dengan nama black shadow bakal mengubah cita rasa makanan anda. Ia antara menu tarikan di kafe tersebut.

Taruhan makanan utama juga diletakkan pada pelbagai jenis pasta. Buat mereka yang vegetarian, garlic flake seafood salad ialah pilihan tepat. Campuran udang, kupang, ikan dori bersama zukini, lobak merah dan minyak zaitun melengkapi hidangan yang sihat. Keenakan menu itu mampu ditingkatkan dengan minuman teh ais tanpa susu dan teh ais aroma ros.

Menu minum petang
Minum petang di kafe itu juga menjanjikan pengalaman cita rasa yang indah. Bermula dari pukul 3 sehingga 5 petang, pengunjung hanya perlu ‘melaburkan’ RM8 bagi mendapatkan set minum petang yang lengkap.

Pilihan seperti pai ayam cendawan, mufin strawberi atau coklat putih dan strudel epal pasti memenuhi selera tekak anda. Satu teko teh yang mengiringi hidangan itu pula menyempurnakan ambien petang anda.

Sambil menghirup teh kegemaran, pengunjung juga berpeluang membeli teh pilihan mereka.

Kesemua paket teh keluaran Cameron Valley itu dijual pada harga pasaran yang sama.

Pengarah Urusan Cameron Valley, Rahul Agarwal memberitahu, kafe mereka di Bangsar itu bertindak sebagai tulang belakang bagi pelan perkembangan pada masa akan datang.

“Sebelum ini, penggemar teh kami perlu datang ke kafe di Cameron Highlands. Dengan pembukaan kafe pertama di Lembah Klang ini, kami berharap dapat membantu meningkatkan pelanggan tetap dan menarik kelompok baharu.

“Cameron Valley adalah milik warga tempatan dan kita mahu masyarakat di sini mula menghargai teh asli tanah tinggi Cameron,” jelas Rahul.

1 comment:

HELMI RRM TV said...

(AHIMSA VEGE HEALTH FOOD INDUSTRIES)
Email : helmi@ahimsa.com.my
No Tel : 016-216 3949
WhatsApp : http://www.wasap.my/+60162163949/helmiahimsa.

Certification: HALAL, ISO2200, HACCP, GMP, BUATAN MALAYSIA

Group Telegram : https://t.me/+lCvCMrPTFtphYzc1


Our online shop
Website: https://shop.ahimsa.com.my/
Shopee frozen: https://shopee.com.my/ahimsafrozenfood
Shopee non frozen: https://shopee.com.my/ahimsavegehealth
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/ahimsa-vege-health-food?spm=

Medsos
Tiktok: https://www.tiktok.com/@ahimsahq
Facebook: https://www.facebook.com/AhimsaVegeHealth
Intagram: https://www.instagram.com/ahimsavegehealth/
Youtube: https://www.youtube.com/@ahimsavegehealth585


KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock