Saya dapat membayangkan antara jawapan yang mungkin anda akan perolehi dari anak-anak anda bilamana menyatakan akan melawat STESEN AGROOURISM MARDI... Pastinya mereka akan terbayangkan akan bosan dan tidak menarik untuk melawat yang berkaitan dengan pertanian semata-mata.
Mungkin saya dapat berkongsikan mengenai apa yang mungkin menarik perhatian kanak-kanak untuk berada di Stesen Mardi ini. Mungkin bukan bertaraf taman tema tetapi masih ada ruang yang mungkin boleh menarik minat mereka untuk terus berada di sini.
Yang saya sasarkan adalah kanak-kanak bawah 12 tahun bukannya remaja yang sudah pasti pandai memilih yang lebih baik. Mesti mereka tak hairan kelak.
Sebaik sahaja anda masuk ke stesen ini mungkin plot tanaman strawberry boleh memberi minat mereka dengan tanaman strawberry dan mungkin juga menunya dikaunter jualan seperti buah strawberry segar, aiskrim strawberry, yogurt, jus strawberry strawberry coklat dan sebagainya.
Jangan lupa bergambar dengan arca strawberry yang terdapat di situ.
Keduanya penat berjalan melalui taman kejur, plot tanaman bunga atau pusat jualan yang lebih menarik minat golongan dewasa, mungkin plot tanaman anggur, epal dan pir boleh menarik sedikit kembali minat mereka kerana jarang dapat anda temui ketiga-tiga tanaman ini dibawah. Anda boleh menunjukkan buah epal, pir dan anggur jika kena pada musimnya.
Manakala jika anda ke pusat jualan, terdapat permainan kerusi bergerak untuk kanak-kanak serta pelbagai lagi snek ringan hasil daripada usahawan naungan MARDI termasuklah aiskrim strawberry. Bagi mereka yang ingin bersolat disurau bersebelahannya, pastinya meninggalkan seketika anak-anak dengan kakak dan abang mereka yang remaja tidak membimbangkan anda.
Tidak jauhnya pula terdapat taman mini permainan untuk anda berehat seketika manakala peluang kepada anak-anak kecil bermain diabwah cuaca yang dingin dan berangin.
Sudah berehat anda boleh melalui pokok teh dan turun ke taman mini burung yang ringkas tetapi masih menarik ditambah dengan seekor iguana yang baru-baru ini dimasukkan ke dalam sangkar burung ini.
Dihadapannya pula adalah taman arnab yang boleh mereka kunjungi dan mengambil peluang untuk memberi makan kepada arnab-arnab ini. Tips yang mungkin ramai tak tahu adalah , arnab ini mudah tertarik dengan rumput berdaun lebar yang terdapat di gigi parit berdekatan.
Ada beberapa lagi tarikan yang boleh membuat kanak-kanak berminat dengan lawatan anda di Stesen MARDI ini. Apapun selamat bergembira seisi keluarga.
No comments:
Post a Comment