TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, April 28, 2016

Tips Bercuti di Cameron Highlands 24

Tips bercuti ke 25 ini saya nak kongsikan mengenai pemilihan homestay atau apartment.

TIPS 95 : KEADAAN DAN LOKASI APARTMENT PERCUTIAN

Saya melihat sejak dua menjak ini dalam beberapa facebook baik yang individu mahupun dalam group tertentu di mana pengusaha atau oranga tengah apartment dan homestay yang membuat poster mengenai apartment dan homestay mereka menggunakan latar belakang yang meragukan seperti berikut:

a. Latar belakang ladang teh
b. Latar belakang ladang sayur
c. Latar belakang matahari terbit
d. Latar belakang air terjun
e. Latar belakang strawberry 

Saya tidak menyatakan salah untuk anda menggunakan kaedah promosi yang sebegini kerana ianya mudah menarik perhatian bakal penyewa yang sememangnya akan membayangkan homestay mereka nanti akan mempunyai pandangan yang dinyatakan. 

Kapsyen 'sekadar ilustrasi' juga tidak dinyatakan dalam poster tersebut seperti mengiyakan dan mengesahkan unit tersebut akan mempunyai pemandangan sedemikian. 

Saya menasihatkan kepada bakal penyewa untuk mendapatkan pengesahan sebelum membuat tempahan kerana tidak mahu anda rasa tertipu dan akhirnya mood bercuti menjadi hambar. 

Keadaan rumah dan sebagainya seharusnya hampir sama dengan gambar yang ditawarkan namun memahami akan konsep yang sama juga diguna pakai oleh pihak hotel dan resort maka ianya harus dianggap seadaanya. 

Bagi saya sukar untuk mencari apartment yang berada dalam ladang sayur kecuali di kawasan Kampung Taman Sedia yang mana memang di dalam kawasan kebun sayur atau strawberry. 

'Agro Highlands Resort' terus dalam kebun strawberry jadi tidak salah kepada pengusaha ini menggunakan nya sebagai tarikan utama. 

Manakala tiada langsung apartment atau homestay dalam  atau mempunyai pemandangan ladang ladang teh setakat ini kecuali Chalet MNS yang dikhabarkan sedang ditutup untuk kerja naik taraf. 

Bagi berlatarkan air terjun pula memang tiada kecuali air terjun buatan. Sebabnya tiada apartment di Parit Fall, Robinson Fall atau Bisik Waterfall malah di Bharat Tea sekalipun. 

Bagi berlatarkan gunung ganang, pastikan orientasi apartment atau homestay anda benar-benar menghadap ke arah ini speerti yang dipromosikan kerana bimbang nanti bukak tingkap arah kubur pula sebenarnya. 

Jadi sebagai bakal penyewa , dapatkan pengesahan.  

Kepada pengusaha homestay dan apartment, catatan ini bukan nak tabur pasir dalam periuk nasi anda tetapi lebih kepada menyeru 'jujur' dalam berurusniaga... rezeki halal kan bagus .... 

1 comment:

Ain said...

Thanks Mr Kumar. Please keep updating us with a real info in Cameron. We appreciate your contribution.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock