Punca awal buaya ini dikatakan mati.. Dia pun berpuasa rupanya...
Kampung Bukit Belimbing
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Rahim Ahmad berkata, faktor usia mungkin
menyebabkan struktur gigi rapuh sehingga menyukarkan buaya itu meneruskan
ikhtiar hidup dan makan seperti biasa.
Menurutnya, buaya terbabit adalah jantan
berusia lebih 70 tahun dan hasil bedah siasat awal mendapati dalam perut buaya
berkenaan kosong dipercayai tidak makan dalam tempoh agak lama, manakala ia
sudah mati sejak dua atau tiga hari lalu.
Bagaimanapun katanya, pihak Perhilitan masih
menunggu keputusan bedah siasat lebih terperinci dalam tempoh dua minggu lagi
selepas organ penting buaya terbabit dihantar ke makmal di Pusat Konservasi
Hidupan Liar Sungai Dusun.
“Selangor pertama kali menerima aduan seumpama
ini dan sememangnya Sungai Selangor dikesan mempunyai habitat buaya jenis
itu.
“Saiz buaya air tawar seberat 1,000 kilogram
itu adalah normal di kawasan ekosistem yang sihat seperti di Sungai Selangor,”
katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan
pencemaran air menjadi punca kematian buaya terbabit.
Rahim berkata, pihaknya tidak menolak
kemungkinan buaya yang ditemui mati itu mempunyai pasangan, namun meminta
penduduk di kawasan berkenaan tidak panik kerana haiwan tersebut tidak
mengganggu manusia.
“Pihak kami akan sentiasa melakukan pemantauan
di sungai dan sebarang maklumat boleh hubungi Perhilitan dengan segera,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Belimbing,
Samsudin Idris berkata, meskipun terkejut dengan penemuan bangkai buaya itu,
namun nelayan masih turun ke sungai seperti biasa.