TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label Jalan Pecah Batu. Show all posts
Showing posts with label Jalan Pecah Batu. Show all posts

Saturday, December 8, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Agro Highlands Chalet

Catatan mengenai Jalan Pecah Batu saya kecilkan kisahkanya kepada Agro Highlands Chalet. Sebenarnya bulan lalu salah seorang pembaca laman ini, En Wan Hafiz menghantar email kepada saya melalui mrkumai@gmail.com mengenai Agro Highlands Chalet ini. 


Saya tidak dapat memberi gambaran yang tepat kerana saya masih belum berkesempatan ke chalet ini walaupun mengenali pemiliknya. Namun menjadi pendiriaan saya untuk menulis berdasarkan pengalaman saya, maka saya tidak dapat membuat catatan mengenainya kerana tiada pengalaman ke sana. 


Mengambil kesempatan melalui jalan ini petang tadi, saya sempat singgah sebentar ke chalet ini dan kebetulannya Saudara Sharol Hafizi  berada di situ. Sharol merupakan anak pemilik chalet ini yang menguruskan sepenuhnya di sini. 


 

Mereka mempunyai 8 buah bilik kalau tidak silap saya dan 4 yang pertama adalah jenis keluarga iaitu dua katil besar dengan kemudahan untuk memasak. Saya dimaklumkan dua katil ini berasingan bilik .


Manakala selebihnya adalah untuk bilik biasa dengan  satu katil besar. 

Saya tidak dapat mengulas mengenai keadaan bilik mereka kerana ketika kunjungan saya tadi, semua bilik untuk hari ini penuh sehingga minggu hadapan. Jadi tidak berkesempatan untuk melihat bilik-bilik yang mereka tawarkan. 

Untuk lebih lanjut mengenai keadaan biliknya laman web mereka sendiri. Klik SINI


Harga yang ditawarkan adalah RM 100 bagi bilik biasa untuk kadar semalaman dan RM 200 untuk bilik keluarga untuk kadar semalaman. 

Istimewanya, chalet ini terletak 'di dalam' kebun strawberry. Tak percaya ? Cuba lihat gambar di bawah ini. Dibina di dalam kebun strawberry di mana sebaik anda sampai sahaja di sini anda akan menempuh laluan kebun strawberry untuk ke bilik chalet, Buka sahaja pintu di hadapan anda adalah pokok strawberry. 



Kemudahan yang disediakan adalah seperti kemudahan BBQ di dalam kebun strawberry, wifi percuma dan tempat meletak kenderaan yang juga percuma. Setiap unit dibekalkan dengan televisyen dan saluran Astro.




Juga anda boleh membeli produk buah strawberry seperti jam, kordial, topping dan strawberry segar ataupun kering . Semua produk ini dihasilkan sendiri samada buah strawberrynya ataupun produk hilirannya. 


Selebihnya apa kata anda hubungi sahaja mereka melalui Saudara Sharol Hafizi di talian 0137185744 atau 054911024 atau email mereka di agrohighlands@gmail.com.

Tips Melawat Cameron Highlands: Jalan Pecah Batu

Catatan kali ini sengaja menyelongkar apa yang ada di Jalan Pecah Batu di Brinchang. Namanya mungkin agak pelik sedikit kerana pecah batu. Ada yang mengatakan dahulu di sana ada kuari batu dan ada pula mengatakan kerana jalannya yang amat teruk ketika pembukaanya. 


Saya kurang pasti yang mana satu kisah sebenar. Namun saya sekadar ingin berkongsikan apa yang ada di sini dan petang tadi sempat saya menaiki motorsikal ke sini. Kali terakhir saya menggunakan jalan ini adalah ketika hadir ke rumah terbuka hari raya rakan sekerja saya sekitar 4 tahun yang lalu. 

Jalan ini terletak dilaluan utama memasuki bandar Brinchang. Di awal persimpangan ini terdapat Iris House Hotel. Mudah sangat untuk anda perasan persimpangan ini.  Laluan ini ini hanya sepanjang 2.2 km yang tidak bersambung dengan jalan lain. 


Laluan ini sebenarnya menghubungkan kawasan perumahan antara yang agak lama di Brinchang ini. Laluannya agak sempit dan terdapat rumah-rumah lama ataupun baru di laluan ini. Terdapat dua blok apartment dan sebuah kuartes kerajaaan di sini. 


Di penghunjung laluan ini terdapat sebuah Tokong Budha yang amat popular iaitu Sam Poh Temple yang pada awalnya sememangnya saya mengetahui kewujudannya namun kunjungan saya petang tadi ke sana agak terperanjat juga kerana rupanya sangat besar tokong ini. 


Juga terdapat beberapa penginapan seperti hotel, chalet dan apartment percutian di sini untuk anda sewa. Antaranya Iris House Hotel, Hotel Wira Awan dan Agro Highlands Chalet. Insyallah akan saya kongsikan mengenai AgriHighlands Chalet dengan lebih terperinci. 



Selain itu, di penghujung laluan ini juga terdapat Denai Kembara no 2 yang boleh menembusi laluan pendakian ke Gunung Berembum dan Tapak perkhemahan Sungai Pauh di laluan denai no 3 dan 5. Saya belum pernah mencuba laluan denai ini.  


Juga anda boleh melihat kebun sayur tradisional dan moden di penghujung laluan ini. Cuma tiada yang menarik untuk dilihat kerana mereka tidak membukanya untuk kunjungan awam. Awas terdapat anjing-anjing besar yang menjaga kawasan kebun ini.



KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock