TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, April 28, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Stripe-throated Bulbul

Burung Stripe-throated Bulbul ini saya temui di Habu, Ringlet, Cameron Highlands.



Burung ini dikenali dengan nama tembpatan BURUNG MERBAH TENGKOK BELANG kerana ada belang-belang kuning di bahagian lehernya. Manakala badannya adalah berwarna kuning di bahagian belakang dan juga putih di sebahagian depan. 

Burung ini bergerak dari pokok ke pokok secara berpasangan.



Di Lembah Bertam burung ini banyak juga tetapi sedikit liar kerana habitatnya dikawasan berhampiran hutan. Susah nak rapat sangat berbanding di Habu yang agak santai walaupun saya berada sekitar 10 meter darinya dibawah pokok.


Koleksi Burung di Cameron Highlands: Scaly-Breasted Munia

Burung Scaly-breasted Munia adalah dalam keluarga burung pipit.



Burung ini dikenali sebagai Burung Pipit Pinang. Uniknya burung ini terletak pada corak pada badannya yang bercorak batik dan kepalanya sedikit coklat gelap.



Burung ini amat mudah ditemui dan mereka bergerak dalam kumpulan yang besar sekitar 6-10 ekor dan jinak jugak.


Koleksi Burung di Cameron Highlands: Sultan Tit

Seekor lagi burung yang mengecewakan saya adalah burung 'SULTAN TIT' ini.


Burung ini dari spesis Melanochlora sultanea flavocristata yang boleh ditemui di Selatan Myanmar ke Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatra dan Hainan dan mula diiventorikan oleh Lafresnaye pada tahun 1837.


Dikenali dengan nama tempatan 'BURUNG SERAI SULTAN' atau 'BURUNG SERAI RAJA'. Badannya bewarna kuning dengan berkepala hitam. Yang Menariknya terdapat jambul kuning di atas garisan kepalanya.


Burung yang saya tangkap gambar ini duduknya jauh di atas pokok dan cubaan nak ambik gambar secara lebih dekat tak tercapai kerana terbang tanpa kembali.


Tapi tak apa, ini sekadar pembakar semangat saya untuk mencari dia walaupun lensa tak panjang.

Burung ini saya temui di Ringlet 3 minggu lepas. Saya kongsikan gambarny yang tak cantik ini sebagai cabaran kepada diri sendiri sahaja ini untuk terus mencari burung ini.





Koleksi Burung di Cameron Highlands: Chinese Pond Heron

Koleksi gambar lensa amatur saya 'Burung Chinese Pond Heron' ini atau nama tempatannya dikenali dengan beberapa panggilan iaitu Bangau Cina, Burung Baju Tampung, Burung Pucung Cina, Burung Pucung Danau Cina, Burung Pucung Padi, Pucung Cina ditemui di sekitar Ringlet.


Koleksi Burung di Cameron Highlands: Streaked Spiderhunter

Koleksi Burung sekitar Cameron Highlands dari lensa amatur saya.



Streaked Spiderhunter ataupun dikenali sebagai Burung Kelicap Jantung Gunung ini ditemui di Ringlet ketika hujan turun.

Selalu jumpa burung ini di Lembah Bertam tetapi terlalu lincah dan sukar nak ambil gambarnya.


Koleksi Burung di Cameron Highlands: Common Sandpiper

Koleksi gambar burung Common Sandpiper atau dikenali sebagai Burung Kedidi Pasir atau Burung Kedidi Paya ini saya rakamkan dari lensa amatur saya di sekitar Ringlet.

Thursday, April 26, 2018

Pakej Lawatan ke Mossy Forest dan Ladang Teh Sungei Palas, Cameron Highlands oleh Ariff Ahmad


Saya ingin berkongsikan Perkhidmatan Pakej meneroka Cameron Highlands khasnya ke kawasan Mossy Forest dan Ladang Teh Sungai Palas  dengan menggunakan 'Open Cab Land Rover' yang ditawarkan oleh rakan saya, Ariff Ahmad. 


Anda boleh menggunakan khidmat pakej lawatannya untuk melihat sendiri keindahan di kawasan ini dengan pengalaman pemanduan lasak yang selamat menggunakan landrover yang menjadi ikon pengangkutan utama di Cameron Highlands suatu masa dahulu.

Daerah Cameron Highlands merupakan daerah terbesar penggunaan Landrover dan telah diiktiraf dalam Malaysia Book of Record pada tahun 2007.

Rugi kiranya anda ke sini tidak merasai sendiri kehebatan jentera lasak ini. 


Sesuai untuk lawatan keluarga dan kumpulan yang kecil yang mahukan lebih privasi dan ekslusif bagaikan VVIP.

Anda tidak perlu malu lagi bercampur dalam kumpulan yang lain jika inginkan perjalanan yang eksklusif atau khas kepada kumpulan kecil anda sahaja.


Malah anda boleh memilih pakej seawal pagi untuk melihat detik matahari terbit dari sudut terbaik di Ladang Teh Sungei Palas sebelum mendaki membelah kabus dan kedinginan pagi ke puncak Mossy Forest di Gunung Brinchang dan Gunung Irau di paras ketinggian 2,200 meter dari aras laut yang akan  melalui laluan jalan tertinggi di Semenanjung Malaysia yang boleh dilalui kenderaan.

Ariff Ahmad juga menyediakan khidmat penghantaran ke lokasi kaki bukit bagi memulakan  pendakian ke gunung-gunung sekitar Cameron Highlands. 

Hubungi Ariff Ahmad di whatsapps beliau : www.wasap.my/60177779419 atau ke laman Facebook beliau Ariff Ahmad untuk perincian pakej yang ditawarkan. 

Saya sekadar kongsikan dan promosikan perusahaan kawan-kawan. Promo kawan-kawan.... 

"Perkhidmatan pacuan 4 roda "Open Cab Land Rover" kini disediakan utk trip famili dan trip kengkawan.
Bermula dari parking kereta hadapan Nova Hotel ke Mossy Forest & Sg. Palas Boh Tea Plantation.
Sekiranya anda melancong ke Cameron mengunakan kenderaan biasa yg tidak sesuai utk melalui jalan yg sempit & berlubang-lubang utk ke Mossy Forest serta ladang teh, hubungi kami utk menikmati dingin sejuk dan keindahan hutan berlumut serta ladang teh yg sejuk mata memandang di Cameron Highlands.
Boleh call / whatsapp Ariff Cameron

Monday, April 23, 2018

Gangguan Bekalan Elektrik di Cameron Highlands


Tak apa, ada gangguan malam ni bagi bekalan elektrik TNB di seluruh Cameron Highlands. 

Sejuk.... dah tengah malam... tidor aje....



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Saturday, April 7, 2018

Ladang Teh di Stesen MARDI


Kalau nak ke Ladang teh terdekat semasa masih di Tanah Rata tapi malas nak memandu menempuh jem Sungei Palas atau ke Bharat Tea, jangan risau kerana di Stesen MARDI Tanah Rata ada terdapat plot tanaman teh yang boleh anda lihat.

Jangan anda terkejut usia pokoknya seawal 1930 an juga dan Kilang Teh di sana adalah yang pertama di Cameron Highlands dan pernah menjadi langganan tetap syarikat teh untuk memproses teh mereka di sini sebelum mereka membina kilang teh sendiri. 

Lokasi Stesen MARDI di Tanah Rata. 

Namun plot tanaman teh tinggal lebih kepada plot kajian dan kecil sahaja  namun sudah cukup untuk anda melihat daun dan pokok teh.

Sent from my S7edge smartphone

Friday, April 6, 2018

Caj masuk ke Ladang Teh Bharat di Tea Shop 2

Nak masuk ke pokok teh di Bharat Tea Shop 2 dah dikenakan bayaran RM 2 seorang. Gelang kertas dibayar di kaunter Tea Shop. 


Untuk masuk dan terus turun ke bawah melalui trek yang dinaiktaraf ini anda perlu membeli tiket terlebih dahulu di kaunter Tea Shop. Anda akan diberikan gelang kertas yang perlu dipakai setiap pelawat sebelum masuk. 

Anda dibenarkan masuk dan berada selama mana anda mahu di kawasan pokok teh dan difahamkan boleh keluar dan masuk kembali tanpa had.


Jangan marah dan tanya saya selebihnya. Saya kongsi maklumat sahaja..

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Sunday, April 1, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Yellowish White-eye (Zosterops nigrorum)

Burung yang saya temui semalaman adalah burung YELLOWISH WHITE-EYE atau nama saintifiknya  Zosterops nigrorum.


Burung ini dikatakan banyak kelihatan di Filipina dengan saiznya sekitar 9-12 cm sahaja dan berat sekitar 6-9 gram. 


Burung ini memang lincah dan suka terbang dari dahan ke dahan namun jika di kawasan yang biasa didiaminya yang ramai orang, burung ini akan kelihatan jinak  namun jika bukan di kawasan yang ramai orang, burung ini memang agak liar dan sukar nak diambil gambar mengikut pengalaman saya. 


Matanya dilingkari alis bulatan putih yang jelas kelihatan dengan bulu belakangnya bewarna kuning dan dadanya putih.   

Saya merujuk ke laman web AVIBASE ini dan juga laman web HBW untuk perinciannya. Anda klik sahaja di SINI dan SINI untuk capaian ke laman web tersebut.


Manakala datu lagi laman web ini berkongsikan taburan populasi burung ini di Utara Filipina,  Klik SINI untuk ke laman web tersebut.

Saya kongsikan laman web mereka sebab saya bukan arif dalam soal burung. Jadi tak bijak untuk saya menambah-nambah maklumat dan fakta yang tidak tepat untuk pembacaan orang lain. 

Tak tahu kita cakap tak tahu..jangan memandai-mandai ya...


Selebihnya saya kongsikan gambar yang saya dapat rakamkan semalam. 






KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock