TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, May 10, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Jalan Boh .. Water Crest Farm 1

Untuk siri kali ini, saya ingin berkongsikan mengenai sesebuah lokasi di Cameron Highlands dengan lebih terperinci seperti sepanjang Jalan Boh di Habu yang akan saya perincikan beberapa ikon ataupun peluang menarik bagi anda. 


Kadang-kadang  kita sekadar melalui kawasan ini tanpa mengetahui ada sudut yang begitu menarik ataupun berbaloi untuk kita singgah dan rakamkan dengan lensa kamera kita. Malah 'secret location' sebegini lebih bermakna berbanding dengan pemandangan biasa yang boleh ditemui di tempat yang lain.


Untuk siri pertama sebegini, saya ingin membawa anda ke Jalan Boh iaitu jalan masuk ke Ladang Teh Boh di Habu sejauh 6.5 km sebelum sampai ke Ladang Boh ini. 






Bagi anda pemandangan Kebun Sayur Water Crest pastinya agak baru dan unik untuk disinggahi. Hanya terletak di sepanjang jalan ini sehinggalah ke Ladang Boh malah anda boleh berhenti dan memasuki kebun water cress ini untuk mengambil gambar. Seeloknya anda datang pada waktu pagi kerana kebiasaannya water cress dituai seawal pagi. 

Sedikit mengenai Water Cress ianya merupakan sayur berdaun ataupun salad air ya g hidup didalam takungan air yang mengalir seperti kankung. Dalam bahasa melayu kalaulah tak silap saya dipanggil 'SALADA AIR", betulkan saya jika tersilap. 

Berdaun kecil tetapi rimbunan serta rapuh menjadikannya amat sedap untuk dimakan secara goreng ataupun pengganti kepada kangkung dalam steamboat. 

Malah amat sedap untuk dibuat sup. Saya ingin memetik kajian perubatan mengatakan ianya bagus untuk mencegah kanser seperti petikan dibawah ini.
Eating watercress could help protect against cancer, according to a new study.The salad leaf contains ingredients that help prevent damage to the body's cells and DNA, it found.The research, published in the American Journal of Clinical Nutrition, involved 30 men and 30 women, half of whom were smokers.
They ate 85g of watercress a day for eight weeks - the equivalent of a small bag of pre-prepared salad - in addition to their regular diet.Damage to DNA is considered by experts to be an important trigger in the development of cancer.
The results of blood tests on the participants showed a 22.9% reduction in DNA damage to white blood cells.
The researchers, from the University of Ulster, also noted a 100% increase in levels of the molecule lutein and a 33% rise in beta-carotene, both of which have antioxidant properties.
Antioxidants help cells defend themselves against damage.

The research, which was funded by British watercress suppliers, suggested thatds could improve the antioxidant effects.
Carotenoids are naturally occurring food pigments that contain vitamins. 
They concluded: "The results support the theory that consumption of watercress can be linked to a reduced risk of cancer via decreased damage to DNA and possible modulation of antioxidant status by increasing carotenoid concentrations." petikan penuh di SINI

Kebun water cress biasanya terletak di sepanjang alur atau lembah sungai dan kolamnya dibina secara bertingkat-tingkat ketinggian dari tinggi ke rendah.  Bekalan air yang digunakan perlu bersih dari sebarang kekotoran dan pencemaran.
Ini kerana aliran air yang dibekalkan akan bergerak mengikut graviti dan bersambungan dengan kolam yang lain. Tiada tambahan baja digunakan kerana tanaman ini adalah membesar secara semulajadi seperti tanaman kangkung. 
Caranya mudah, bekalan air yang dialirkan akan dibekalkan dibahagian kolam paling atas dan  bilamana aras air yang dikehendaki dicapai, ianya akan mengalir ke kolam bawahnya yang lebih rendah dan begitulah seterusnya tanpa henti. 
Bila dituai, hanya bahagian atas pokok ini akan di tuai dan bakinya akan dibiarkan tumbuh semula dan proses ini di ulang kembali setiap kali daun atasnya cukup matang untuk di tuai. 




Untuk siri ke dua mengenai water cress ini saya akan kongsikan gambar sebuah lagi kebun yang terdapat di Jalan Boh ini.. Tetapi koleksi gambarnya sekitar 2010 atau 2011 yang lalu. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock