TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, May 18, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Berapa budget anda ?

Ada yang bertanya saya berapakah anggaran kos untuk melancong ke Cameron Highlands. Bagi saya tiada sebarang penetapan untuk perbelanjaan anda kecuali ketebalan poket dan juga baki dan akaun bank.

Cuma yang mungkin boleh saya kongsikan adalah anggaran kos yang sedia ada di Cameron Highlands dan anda boleh masukkan dalam pengiraan anda sendiri yang mana satu akan menjadi pakej anda.  

Saya sekadar berkongsi sahaja dan kadarnya mungkin berbeza dari jadual ini.
  
a. Penginapan.
Mungkin anggaran ini boleh membantu anda. Jika anda memilih untuk menginap dengan pilihan hotel anda, pilihan kadar adalah seperti berikut dan saya mencadangkan jika anda datang berkeluarga yang besar, holiday apartment adalah pilihan terbaik. Untuk info yang lebih mengenai holiday apartment, sedikit panduan di catatan ini. Klik

Jika anda ingin menginap di hotel samada budget atau agak sederhana atau mewah, saya mencadangkan anda memeriksa pakej yang ditawarkan di Agoda, Hotel, Booking ataupun apa juga rangkaian tempahan di internet serta membuat semakan di hotel tersebut. 

Pengalaman saya, harga yang ditawarkan oleh tempahan internet amat berbaloi berbanding anda walk in ke kaunter.

Atau anda inginkan kelainan dengan mencuba kampungstay disekitar Kg Taman Sedia yang boleh anda baca di catatan ini. Klik 

Jenis Perbelanjaan
Jenis Penginapan 
Durasi
Hotel budget
Hotel separa Mewah
Hotel Mahal 
Holiday apartment
Backpacker
Tidur dalam kereta
Balik hari 
2 hari satu malam (1 bilik)         80.00       180.00       350.00       250.00         60.00                -                  -  
3 hari dua malam (1 bilik)       160.00       360.00       700.00       500.00       120.00                -                  -  
4 hari 3 malam (1 bilik)       240.00       540.00   1,050.00       750.00       180.00                -                  -  
b. Bagi perbelanjaan makanan:
Adalah bergantung jenis dan suasana makanan anda iaitu mewah ataupun biasa. Periska pakej hotel anda samada melibatkan sarapan percuma ataupun tidak. Jika tidak anda perlu menikmati makanan di luar dan saya akui harga makanan di sini agak mahal kerana kawasan perlancongan dan kadang-kala menikam poket kami sebagai penduduk di sini.

Jenis Perbelanjaan
Makanan
Waktu makan 
Pagi
Tengahari 
Malam
Pasar Malam 
Membeli belah
Steamboat

Disediakan dalam pakej hotel                 -                  -                  -  
Pakej harga purata seorang           5.00       7.00           7.00  Limit anda  limit anda  18.00-25.00 

c. Melancong tanpa berbelanja untuk cenderamata pastinya tidak akan lengkap dan terasa kekurangan nanti apabila pulang. Pasti bukan sekadar terbayang di mata tetapi hendak menjawab soalan sinis saudara mara dan rakan-rakan mengenai pulang tangan kosong bagaikan satu yang agak memalukan.


Jenis Perbelanjaan Cenderamata
Jenis 
Pakaian
Starwberry
Sayur
Buah-buahan
Bunga
Cenderahati
Tea
Harga purata seorang jika membeli         25.00         10.00         20.00         10.00         10.00         10.00         25.00

Cenderamata di sini pastinya lebih kepada ikon tempatan seperti strawberry, tea, sayuran dan juga buha-buahan di tanah tinggi. Tetapi untuk berbelanja sakan pula ada halangan sumber kewangan dan mungkin panduan dibawah boleh membantu anda membuat sedikit budget.

d. Tidak semua lokasi percutian anda di sini ditawarkan secara percuma dan terdapat beberapa lokasi yang menetapkan kadar bayaran masuk. Saya rasa jadual dibawah ini mungkin sekadar sebagai panduan.

Jenis Perbelanjaan
Caj Masuk 
Lokasi
Strawberry
Butterfly farm
Ros Centre
Stesen Mardi
Tea Centre
Cactus Valley
Time Tunnel 
Harga tiket seorang dewasa  FOC             5.00            5.00            3.00  FOC             4.00            5.00
Harga tiket seorang kanak-kanak  FOC             2.00            2.00            1.00  FOC             2.00            2.00

e. Selebihnya, setiap kali percutian kita perlu memasukan perbelanjaan luar jangka yang kadangkala tidak langsung terfikir sebelum melancong. Ini adalah sebahagian daripada yang mungkin tidak terjangka oleh kita;

Jenis Perbelanjaan
Lain-lain
Lokasi Tip  Parking (di Pasar Malam Brinchang) Tol Minyak Speed Trap Saman Parking Pakej Kembara (Jika berminat)
Anggaran sahaja  Tidak perlu            3.00  ikut lokasi anda   Ikut lokasi anda   Ikut kelajuan anda   sekitar RM 70-150   60-100 

Tepuk dada tanyalah selera.. jangan dah terduduk baru nak tergadah.... Ibarat kata Karam Sing Walia semalam.. lebih kurang berbunyi... 'ibarat gigi dah gugur tatkala tebu tengah subur' ...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock