TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, May 17, 2012

Kisah dan Tauladan... bila memandu mengikut rasa...

Aku nak kongsikan kisah nyata dan benar dari pengalaman seorang brother ini yang menyaksikan kemalangan ngeri di hadapan mata dan kisahnya terbentang di surat khabar. Aku buangkan beberapa keping gambar kerana biarlah kisahnya sahaja menjadi tauladan kepada kita... Alfatihah dan simpati kepada baby yang keseorangan kini....


Mungkin ada di antara kita yang ada terbaca mengenai berita kemalangan kereta Lancer di Lebuhraya LPT yang berlaku pada 6 Mei baru-baru nie.Kalau belum baca tentang berita kemalangan tu,boleh rujuk Kosmo online,NST online dan juga Harian metro online.Di bawah ini adalah kisah di sebalik kejadian tersebut yang di ceritakan semula oleh seorang saksi yang melihat sendiri ‘scene’ dari sebelum,semasa dan selepas kemalangan tersebut berlaku.

Ia dipetik dalam laman www.ohtidak.com

Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12,aku masuk highway Plus dari kuantan nak ke KL.Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju.Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong.Pastu aku terus follow inspira tu,meter dah jadi 200km/j.Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard,absober standard,rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan.Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la.Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed.Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j.Lancer tu tak nak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk.Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan.Proton Inspira vs Mitsubishi Lencer.


Aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu.so aku ikut je dari belakang.Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.Tetiba aku nampak inspira,lenser,bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau.Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri highway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.


Sewaktu Lancer tu di udara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu.Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri.Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu.Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah !!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan.Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu.Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti.Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.


Aku nampak penumpang depan perempuan,masih dalam ber ’seatbelt’ dan air bag dah kempis.Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.Aku periksa pemandu, lelaki,masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher.Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak,dahi dia luka kena jalan.Nampak isi warna putih dan berdarah.Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat.Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.


Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati.So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.Pastu dalam beberapa minit polis,bomba,ambulan pun sampai.Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan.Dalam kereta sunyi sepi tak berborak,radio pun tak on.Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan).minyak engine + coolen mengalir keluar.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa kejadian tersebut.Sesungguhnya daripada Nya kita datang dan kepadanya jua tempat kita akan dikembalikan.Sama-sama kita sampaikan bacaan surah Al-Fatihah kepada mangsa.Nasihat kepada semua Pembaca Badut Rakyat,Ambil ikhtibar daripada kisah di atas dan berhati-hati di jalan raya.Sedar tidak sedar doa itu sebenarnya adalah permulaan dan sebagai penanda adakah anda akan berhati-hati semasa memandu.Manusia ini kadang-kadang lupa,terlupa dan alpa.baca lah doa sebelum memulakan perjalanan dan juga mengakhiri perjalanan.jangan bawa laju di lebuhraya.pastikan kenderaan anda di servis dan selamat di gunakan sebelum memulakan perjalanan jauh.

RENUNG-RENUNGKAN

AL-FATIHAH...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock