TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, May 3, 2012

Peristiwa: Kalau belum sampai ajalnya..

Cuba anda bayangkan senario ini..
  1. Anda melalui laluan berliku menuruni bukit dari ketinggian sekitar 2000 meter dari paras laut... 
  2. Brek kenderaan anda tiba-tiba tidak berfungsi...
  3. Anda memandu sebuah lori pembancuh simen seberat 12 tan...
  4. Anda tiada pilihan lain dengan membuatkan kenderaan anda terbabas menlanggar bukit dengan harapan kenderaan anda itu akan berhenti sendirinya..
  5. Anda tersalah sangka.. kenderaan anda melompat tebing bukit ... dan menjunam 90 darjah ke gaung sedalam melebihi 100 meter.. 
  6. Terjunam kenderaan anda tepat tegak melanggar batas cerun...
  7. Anda terpaksa menolak cermin hadapan anda untuk keluar menyelamatkan diri.. 
  8. Anda tiada pilihan, tiada mata yang memandang atau perasaan bahawa anda telah terjatuh gaung sedalam 60-70 meter...
  9. Anda  berjaya menelepon majikan anda tetapi anda tidak pasti dan keliru lokasi anda... 
  10. Anda terpaksa mengumpul kekuatan mendaki cerun bukit untuk ke tebing jalan dalam keadaan anda tercedera.. dan anda terjatuh sebanyak dua kali dalam usaha anda ini.. 
  11. Anda terpaksa menahan sebuah lori tanah dan memaklumkan anda terjatuh gaung dan akhirnya anda pengsan sebaik sahaja anda berjaya melakukanya,..
  12. Sebaik sedar .. anda disahkan hanya patah tulang rangka dibahagian dada... 

Apakah yang anda akan bayangkan dengan urutan peristiwa ini...

Saya percaya jika anda bertanya kepada si punya diri.. Syukur ke hadrat Ilahi dipanjatkan tanpa henti kerana diberi perlindungan dan keselamatan biarpun di mata kasar kita jika melihat gambar di bawah ini pasti ada mengatakan... 'Dia telah terkorban' dalam kemalangan ini.. 





Alhamdullilah.. masih diberi peluang olehNya untuk bersama Isteri dan anak tunggalnya... Alhamdulillah diberi kesempatan olehNya untuk lebih bersedia menghadapi panggillanya kelak... 

*Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat yang lalu di antara Tanah Rata ke Ringlet dan pemandu lori ini selamat dari kecederaan parah kecuali patah dua tulang rangka. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock