TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts

Saturday, May 19, 2018

Pakej Berbuka Puasa di Hotel Heritage


Saya kongsikan pula Pakej  Berbuka Puasa di Hotel Heritage.

Tahun lepas mereka ada membuat pakej berbuka puasa dan menjadi pilihan saya  kerana lebih dekat dengan rumah. 

Kelebihan di sini tak ramai sangat dan surau yang ada adalah surau tetap bukannya surau sementara. Jadi lebih selesa. 

Hubungi mereka untuk  tempahan dan jangan hubungi saya sebab saya kongsi info sahaja itupun dari facebook  mereka.

*******

Counting days for Puasa.. The most exciting moment is when it comes to breakfasting.. Let us buka puasa together and enjoy the Authentic Malay Cuisine in our Rainforest Restaurant. More than 60 dishes to be serve. Call us 05 4913888 for reservation.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Pakej Berbuka Puasa Di Copthorne Hotel Cameron Highlands


Saya kongsikan sahaja pakej berbuka  puasa  ini di Hotel Copthorne Cameron Highlands.

Selalunya hotel ini dari zaman Hotel Equatorial lagi akan menganjurkan buffet berbuka mereka dan selalunya menjadi pilihan warna tempatan. 

Hubungi mereka. Jangan hubungi saya untuk tempahan. Saya kongsi info sahaja. 

Tanya mereka perincian menu untuk setiap hari kerana ada set  menu yang berbeza setiap hari. 

*********

Jom berbuka puasa bersama kami di Copthorne Cameron Highlands dengan pelbagai hidangan yang lazat secara buffet, sempurna untuk Iftar anda. Kami juga menawarkan harga yang terbaik untuk anda, keluarga & rakan sepanjang bulan yang diberkati ini.

Tempah awal untuk mendapatkan harga RM38 nett untuk seorang dewasa (harga asal RM50 nett untuk seorang dewasa)!

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi kami di 05-4961777.

***
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Pasar Ramadhan di Cameron Highlands 2018


Bagi anda yang sedang bercuti di Cameron Highlands  di Bulan Ramadan 2018, terdapat dua Pasar Ramadhan yang di bawah Majlis Daerah Cameron Highlands iaitu di Tanah Rata Dan Brinchang.

Bazar Ramadhan di Tanah Rata kali ini dibuat di Kawasan Letak Kereta MDCH iaitu dibelakang Food Court Tanah Rata. Masuk melalui Jalan masuk di hadapan Maybank atau Agrobank atau tempat letak  kereta Catatan Tanah Rata.

Bazar Ramadan Brinchang masih di tempat sama iaitu di tengah bandar Brinchang di kawasan letak kereta utamanya.

Untuk memudahkan anda mencari lokasi Bazar Ramadhan ini sila klik catatan dibawah untuk panduan lokasinya:


Apa yang istimewa di Bazar Ramadan ini? Entah... sama sahaja... 


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Tuesday, June 30, 2015

Pasar Ramadhan di Brinchang, Cameron Highlands

Pasar Ramadhan di Brinchang lebih kecil saiznya berbanding di Tanah Rata sekitar 20 gerai sahaja dan bukan semuanya dibuka ketika saya ke sana petang tadi buat kali pertama.

Apa yang menarik? Rasanya selain air tebu kegemaran saya tiada yang istimewa sangat kecuali gerai kuih akok panas.

Biarpun saiz bazar Ramadhan ini kecil sahaja, namun bagi kami boleh untuk dikunjungi kerana hanya terdapat dua Bazar Ramadhan sahaja di Cameron Highlands iaitu Tanah Rata dan Brinchang dibuka sepanjang bulan ini..



Selamat mencuba memilih menu berbuka di sini. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock