TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, November 21, 2016

Senarai harga tiket masuk kawasan perlancongan di Cameron Highlands


Saya nak kongsikan maklumat yang mungkin anda ingin tahu untuk membuat perancangan kewangan untuk lawatan dan bercuti di Cameron Highlands. 

Antaranya, berapa harga tiket masuk kawasan tarikan pelancong. 

Saya nak bagi kredit kepada saudara Mohd Isham ini yang gigih mengumpulkan maklumat ini dan berkongsikan pula di laman Facebook nya dan di Cameron Highlands Group.

Jadi, ucapkan terima kasih kepada beliau ya. Saya kongsikan aje..
 
Yang nak mintak pelan perjalanan tu, saya syorkan anda beli peta berharga RM 3.50 di mana-mana kedai runcit yang jelas mengandungi laluan dan lokasi tempat di atas. Secara automatik anda telah dipandu arah dengan tepat.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Buah Anggur dah habis di Sweat Grape Farm di Bertam Valley


Kelmarin, dari fb milik Julia Abd Rahim di Cameron Highlands Group berkongsikan maklumat penting ini. 

Buah ‎ Anggur di Sweat Grape Farm di Bertam Valley dah habis.

Maka kebun ini akan ditutup sementara Sehingga musim Anggur berikutnya iaitu sekitar Mac dan April 2017.
 
Kenapa perlu ditutup? Kan boleh tengok pokok anggurnya?
 
Akak adik yang dihormati... tiada bayaran masuk ke ladang anggur ini. Jadi kalau tak ada buah di mana sumber pendapatan pemiliknya untuk menunggu kunjungan anda semata-mata.
 
Untie tu ada kebun sayur dan bunga nak dijaga tau.. Gaji bangla pun dah RM 38.46 sehari biasa dan dua kali kadarnya pada hari minggu iaitu cuti rehat mereka. Belum lagi masa cuti umum untuk untie bayar 3 kali kadar gaji Banglanya untuk menanti anda datang dan berselfie sakan pokok anggur tanpa buahnya.
 
Kedua kalau dibuka sekarang, dan musim berbunga dan mulai berbuah, adakah anda pasti yang datang melihat itu sangat berdisiplin untuk tidak memetik buah anggur muda?
 
Mana nak jadi buah yang cantik dan bergugusan kelak untuk dilihat dan pastinya untuk anda dan yang lain bergambar sakan kelak.
 
Jadi jangan kecewa ya.. saya kongsikan maklumat ini sahaja mana tahu anda sedang membuat carian tersebut sekarang ini.

Tak apa, banyak lagi tarikan lain di Cameron Highlands selain anggur....

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sewaaan Padang Majlis Daerah Cameron Highlands

Semasa saya kongsikan gambar perlawanan bolasepak Lisa Bolasepak Rakyat antara Cameron Highlands dan Sabak Bernam, ada yang bertanya bagaimana nak sewa padang bola ini.
 

 
Saya katakan mestilah melalui Majlis Daerah Cameron Highlands dan kemudian ditanya bagaimana nak hubungi MDCH.

 
Aduhai.. boleh lihat di laman Web mereka. Tapi tak apalah kebetulan ada dalam koleksi gambar saya, papan tanda ini saya kongsikan.

Semoga membantu...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Parit Falls @ Cameron Highlands

Saya pernah beberapa kali berkongsikan kisah di Parit Fall di Tanah Rata.

 
Tapi saya nak kongsikan jugak suasana terbaru minggu sudah.

Agak tertinggal dari senarai kunjungan pelancong sebab agak tidak diberikan promosi.

Namun bagi mereka yang ingin buat hari keluarga, di sini boleh digunakan.

Juga bagi mereka yang nak bersantai berkelah makan bekalan dari rumah, di sini juga boleh dijadikan lokasi perkelahan anda yang ringkas‎ dari anda menikmati di tepi jalan yang sering saya lihat.



Untuk makluman, Parit Falls di bawah seliaan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands dan bukannya di bawah Majlis Daerah Cameron Highlands. 

Jadi hubungi Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands untuk maklumat penggunaan Parit Falls ini secara rasmi. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Selamat Datang ke Cameron Highlands arah Kuala Lipis

Jika anda datang ke Cameron Highlands melalui jalan Sungai Koyan, 'entry statement' atau gerbang sempadan yang menanti anda adalah seperti ini.

Ia amat ringkas.
 
 
Jika di laluan simpang Pulai, ucapan selamat datang di cerun memang selalunya menjadi kawasan bergambar. Juga di sempadan di Ringlet, buah strawberry yang besar akan dijadikan lokasi bergambar tetapi di lokasi sempadan Kuala Lipis dan Cameron Highlands ini susah nak tengok orang bergambar. Sama juga dengan gerbang sempadan di Lojing dan Blue Valley.

Mungkin kurang menarik.
 
 
Apapun esok akan berlangsung perlancaran Tranformasi Majlis Daerah Cameron Highlands. Harapannya akan ada penambah baik dalam 'entry statement' ke Cameron Highlands yang merekodkan 300,000 pelancong ke sini setiap tahun.  

Dalam draft rancangan tempatan 2030, ada plan untuk perubahan 'entry statement ' tetapi jauh sangat nak buat. 

Selamat datang ke Cameron Highlands. 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, November 17, 2016

Laman Facebook Kumpulan Cameron Riders


Cameron Riders telah membuka satu laman facebook terbaru bagi menyelesaikan beberapa kekeliruan platform laman facebook rasmi kami.

Ini dilakukan demi memberikan lebih banyak perkongsian maklumat aktiviti serta apa juga perhubungan rasmi bagi kelab kami ini.

Semoga facebook baharu ini, Cameron Riders Official akan lebih aktif dalam penyampaian maklumat dan penyatuan persabahatan dengan semua
komuniti berbasikal dan riders.

Sewa motor di Cameron Highlands

Sejak dua menjak ini makin ramai yang bertanyakan khidmat sewaan kereta secara harian dan pandu sendiri di Cameron Highlands. 


Ada juga yang mencari khidmat sewaan motorsikal di Cameron Highlands. 

Terbaru, CS Travel & Tour juga ada menawarkan khidmat sewa motor secara harian.

Hubungi mereka melalui 
Mr Chandran - 019 545 3366 atau 05 491 1200. Juga boleh ke laman website mereka di www.cstravel.com.my

Lokasi pejabat mereka adalah bersebelahan dengan Atilla Restaurant atau sebaris dengan Klinik Ayob, Jasmine Cafe, Kedai Gambar  Tridi  iaitu di Jalan Besar Tanah Rata.

Saya mendapati, kerana baru diperkenalkan khidmat sewaan motor ini, maka motor mereka pun nampaknya masih baru..

Sembang-sembang dengan kerani bertugas mereka, kadar sewaan bermula RM 70 sehari sehingga pukul 7-8 malam. 

Harap catatan ini membantu... Jangan tanya saya untuk urusan sewaan ya... saya dah kongsikan maklumat di atas. Kalau saya uruskan, sewa RM 150 sehari...  

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kebun Anggur di Lembah Bertam

Sejak dua menjak ini, kebun Anggur di Lembah Bertam ini mendapat publisiti dan menjadi viral di laman facebook.


Dan hasilnya ramai yang ke sana dan mencari-cari maklumat untuk ke sana. 
Saya pernah berkongsikan kisah saya ke sana dalam beberapa catatan yangn terdahulu. Dan dua minggu lepas saya juga ke sana membawa keluarga dihujung minggu. 

Jadi saya kongsikan maklumat untuk anda ke sana.

KEMASKINI 25 NOVEMBER 2017:
Catatan Terkini MUSIM ANGGUR NOVEMBER 2017 boleh anda ikuti di Catatan di bawah:
https://mrkumai.blogspot.my/2017/11/musim-anggur-di-kebun-anggur-lembah.html

Ini adalah minggu ketiga mereka membuka semula kebun anggur ini kerana buahnya sudah masak untuk dipetik. Jika tiada buah, kebun anggur ini akan ditutup semula. 

Untuk ke sana, mudah sahaja:


Jika anda datang dari Jalan Sungai Koyan ke Ringlet, pastikan anda perhatikan papan tanda kilometer. Tanah Rata 20 kilometer dan Ringlet 6 kilometer.

Kebun anggur terletak sebelah kanan anda. 

Jika anda datang dari arah Tanah Rata atau Ringlet, anda perlu membelok ke Lembah Bertam di persimpangan utama di hadapan Stesen Shell. 3 kilometer pertama anda akan bertemu dengan Pekan Lembah Bertam dan teruskan perjalanan anda lagi 3 kilometer dan perhatikan sebelah kiri anda papan tanda Sweet Grape ini. 

Senang cerita, 6 km dari simpang Shell tersebut. Jika sudah lebih 6 kilometer, anda dah terlepas.

Susah jugak nak faham, Klik catatan saya  dibawah;
PANDUAN ARAH KE KEBUN ANGGUR LEMBAH BERTAM


Letak kereta di bahu jalan utama ini dan pastikan tidak menghalan laluan masuk ke kebun sayur. Anda perlu berjalan masuk sekitar 200 meter.

Pakai kasut yang sesuai. Tapak rata dan sukan jika boleh. Jangan tumit tinggi ya akak-akak. 


Bergerak secara berkumpulan dan berhati-hati dengan air yang mengalir di atas jalan kerana licin. Ada beberapa orang yang telah tergelincir semasa nak ke sini. 

Mula-mula menurun bukit sedikit sebelum mendaki. 

Jika anda bernasib baik, anda bukan sahaja dapat melihat pokok anggur tetapi juga bunga crisanthemum yang mungkin sudah berbunga dan boleh bergambar sakan di sini. 


Juga boleh melihat kebun sayur tradisional samada sawi, kacang, jagung dan banyak lagi. Jangan lupa bergambar juga sebab anda bukan ada kebun pun di rumah malah di kampung pun belum tentu ada. 


Masuk ke kebun anggur ini, anda boleh lihat memang ia kebun yang origional. Bukan di buat untuk kunjungan pelawat atau kawasan pelancongan. Dalam catatan awal saya dah saya kongsikan mereka bermula dengan sekadar hobi sahaja tanaman anggur ini. 

Dan jika anda tanya , tak de tandas ke ? Ada, gunakan tandas rumah pekerja mereka iaitu rumah Bangla... 

Dan setakat ini masih belum ada kafe di sini sebab memang kebun asli. Rasanya perlu dikekalkan sebegitu tapi kalau tengok gayanya, mungkin mereka akan naik taraf kemudahan di sini kelak. 


Dah rezeki, mak cik ini jadi amat popular malah sering diambil gambarnya. Untie cakap ... ayooo dia olang kasi wa femes .. tapi wa tak da facebook... 

Anda boleh mengambil bakul dan memilih gugusan anggur pilihan anda. Namun saya nasihatkan dapatkan khidmat pekerja kebun ini kerana mereka lebih tahu mana yang masak. 


Dan satu lagi jangan galak memetik anggur dan memenuhkan bakul anda sebab nanti pura-pura terperanjat pula nak membayarnya. 

Sekilo RM 22 dan selalunya yang galak memetik anggur tu akan memetik lebih dari sekilo. 


Cuma yang seronok adalah anak-anak kecil. Malah yang dewasa pun sama galak jugak. Nak buat macam mana dah seronok dan tak pernah lihat pokok anggur la katakan. 

Cuma bagi kami penduduk di sini, peluang membawa anak-anak ke kebun anggur pun seronok juga sebagai aktiviti hujung minggu mereka. 


Di Cameron Highlands, terdapat satu lagi kebun anggur iaitu di Blue Valley yang juga dibuka secara bermusim. Saya belum sempat ke sana.. 

Malas nak layan jem di Brinchang dan ke atasnya..

Kemaskini November 2017: 
Saya dah ke Ladang Anggur di Blue Valley bulan lepas semasa musim anggur di sana. Saya kongsikan catatan saya ke sana melalui Catatan LADANG ANGGUR DI BLUE VALLEY.

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tour De Pangkor 2017 Cameron Riders

Menanti kepada semua riders dari Cameron Highlands, Cameron Riders akan menganjurkan Tour De Pangkor 2017.

Cabaran kayuhan dari gunung ke lautan sejuah 185 km pastinya mencabar ketahanan mental dan fizikal setiap peserta.

Nantikan pengumuman rasmi untuk pendaftaran..

Tertutup : Kepada riders dari Cameron Highlands sahaja yaa.. kami kami aje dulu ya...

Friday, November 4, 2016

Restoran Atilia @ Tanah Rata


Saya nak berkongsikan Restoran Melayu yang satu-satunya ada di laluan utama Pekan Tanah Rata. Maksud saya yang dibuka dalam blok bangunan utama deretan kedai-kedai. 

Restoran yang saya maksudkan adalah Restoran Atilia bersebelahan dengan Klinik Ayob. 

Menunya macam kedai dan makanan Melayu yang biasa. Sama sahaja cuma bagi mereka yang nak mengeteh malam-malam tapi malas dan tak berselera sangat dengan Restoran Mamak, maka ini boleh dijadikan pilihan.

Namun masih ada kedai makanan melayu yang lain di laluan yang sama. Ada gerai-gerai makan di food court baru dan lama, Restoran Pak Leh Chicken Rice, Rasa Sayang dan Ar Raudhah di Marigold Square di penghujung Pekan Tanah Rata dan di arked makanan di Atilia Square. 

Namun yang ada di laluan utama, jika ada ke kedai mamak atau ke kedai makanan citarasa India dan cafe moden, Restoran Atilia mewakili Restoran masakan Melayu di dalam bangunan kedai utama. 

Dibuka untuk sarapan sehingga menu malam.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, November 3, 2016

Kayuhan Jalur Gemilang Sehati Sejiwa @ Roda Pantas

Kayuhan Jalur Gemilang Sehati Sejiwa anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan Daerah dan Cameron Highlands yang lalu telah dikongsikan dalam Roda Pantas keluaran Oktober 2016.

Cuma lambat pula nak kami kongsikan di sini kerana baru dapat naskah edisi ini hari ini.



Selamat membaca. Nak suruh anda beli edisi Roda Pantas bulan Oktober
rasanya dah habis dah..

Laku dan laris benar ..

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock