Kelmarin, dari fb milik Julia Abd Rahim di Cameron Highlands Group berkongsikan maklumat penting ini.
Buah Anggur di Sweat Grape Farm di Bertam Valley dah habis.
Maka kebun ini akan ditutup sementara Sehingga musim Anggur berikutnya iaitu sekitar Mac dan April 2017.
Kenapa perlu ditutup? Kan boleh tengok pokok anggurnya?
Akak adik yang dihormati... tiada bayaran masuk ke ladang anggur ini. Jadi kalau tak ada buah di mana sumber pendapatan pemiliknya untuk menunggu kunjungan anda semata-mata.
Untie tu ada kebun sayur dan bunga nak dijaga tau.. Gaji bangla pun dah RM 38.46 sehari biasa dan dua kali kadarnya pada hari minggu iaitu cuti rehat mereka. Belum lagi masa cuti umum untuk untie bayar 3 kali kadar gaji Banglanya untuk menanti anda datang dan berselfie sakan pokok anggur tanpa buahnya.
Kedua kalau dibuka sekarang, dan musim berbunga dan mulai berbuah, adakah anda pasti yang datang melihat itu sangat berdisiplin untuk tidak memetik buah anggur muda?
Mana nak jadi buah yang cantik dan bergugusan kelak untuk dilihat dan pastinya untuk anda dan yang lain bergambar sakan kelak.
Jadi jangan kecewa ya.. saya kongsikan maklumat ini sahaja mana tahu anda sedang membuat carian tersebut sekarang ini.
Tak apa, banyak lagi tarikan lain di Cameron Highlands selain anggur....
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment