Sejak dua menjak ini, kebun Anggur di Lembah Bertam ini mendapat publisiti dan menjadi viral di laman facebook.
Dan hasilnya ramai yang ke sana dan mencari-cari maklumat untuk ke sana.
Saya pernah berkongsikan kisah saya ke sana dalam beberapa catatan yangn terdahulu. Dan dua minggu lepas saya juga ke sana membawa keluarga dihujung minggu.
Jadi saya kongsikan maklumat untuk anda ke sana.
KEMASKINI 25 NOVEMBER 2017:
Catatan Terkini MUSIM ANGGUR NOVEMBER 2017 boleh anda ikuti di Catatan di bawah:
https://mrkumai.blogspot.my/2017/11/musim-anggur-di-kebun-anggur-lembah.html
KEMASKINI 25 NOVEMBER 2017:
Catatan Terkini MUSIM ANGGUR NOVEMBER 2017 boleh anda ikuti di Catatan di bawah:
https://mrkumai.blogspot.my/2017/11/musim-anggur-di-kebun-anggur-lembah.html
Ini adalah minggu ketiga mereka membuka semula kebun anggur ini kerana buahnya sudah masak untuk dipetik. Jika tiada buah, kebun anggur ini akan ditutup semula.
Untuk ke sana, mudah sahaja:
Jika anda datang dari Jalan Sungai Koyan ke Ringlet, pastikan anda perhatikan papan tanda kilometer. Tanah Rata 20 kilometer dan Ringlet 6 kilometer.
Kebun anggur terletak sebelah kanan anda.
Jika anda datang dari arah Tanah Rata atau Ringlet, anda perlu membelok ke Lembah Bertam di persimpangan utama di hadapan Stesen Shell. 3 kilometer pertama anda akan bertemu dengan Pekan Lembah Bertam dan teruskan perjalanan anda lagi 3 kilometer dan perhatikan sebelah kiri anda papan tanda Sweet Grape ini.
Senang cerita, 6 km dari simpang Shell tersebut. Jika sudah lebih 6 kilometer, anda dah terlepas.
Susah jugak nak faham, Klik catatan saya dibawah;
PANDUAN ARAH KE KEBUN ANGGUR LEMBAH BERTAM
Susah jugak nak faham, Klik catatan saya dibawah;
PANDUAN ARAH KE KEBUN ANGGUR LEMBAH BERTAM
Letak kereta di bahu jalan utama ini dan pastikan tidak menghalan laluan masuk ke kebun sayur. Anda perlu berjalan masuk sekitar 200 meter.
Pakai kasut yang sesuai. Tapak rata dan sukan jika boleh. Jangan tumit tinggi ya akak-akak.
Bergerak secara berkumpulan dan berhati-hati dengan air yang mengalir di atas jalan kerana licin. Ada beberapa orang yang telah tergelincir semasa nak ke sini.
Mula-mula menurun bukit sedikit sebelum mendaki.
Jika anda bernasib baik, anda bukan sahaja dapat melihat pokok anggur tetapi juga bunga crisanthemum yang mungkin sudah berbunga dan boleh bergambar sakan di sini.
Juga boleh melihat kebun sayur tradisional samada sawi, kacang, jagung dan banyak lagi. Jangan lupa bergambar juga sebab anda bukan ada kebun pun di rumah malah di kampung pun belum tentu ada.
Masuk ke kebun anggur ini, anda boleh lihat memang ia kebun yang origional. Bukan di buat untuk kunjungan pelawat atau kawasan pelancongan. Dalam catatan awal saya dah saya kongsikan mereka bermula dengan sekadar hobi sahaja tanaman anggur ini.
Dan jika anda tanya , tak de tandas ke ? Ada, gunakan tandas rumah pekerja mereka iaitu rumah Bangla...
Dan setakat ini masih belum ada kafe di sini sebab memang kebun asli. Rasanya perlu dikekalkan sebegitu tapi kalau tengok gayanya, mungkin mereka akan naik taraf kemudahan di sini kelak.
Dah rezeki, mak cik ini jadi amat popular malah sering diambil gambarnya. Untie cakap ... ayooo dia olang kasi wa femes .. tapi wa tak da facebook...
Anda boleh mengambil bakul dan memilih gugusan anggur pilihan anda. Namun saya nasihatkan dapatkan khidmat pekerja kebun ini kerana mereka lebih tahu mana yang masak.
Dan satu lagi jangan galak memetik anggur dan memenuhkan bakul anda sebab nanti pura-pura terperanjat pula nak membayarnya.
Sekilo RM 22 dan selalunya yang galak memetik anggur tu akan memetik lebih dari sekilo.
Cuma yang seronok adalah anak-anak kecil. Malah yang dewasa pun sama galak jugak. Nak buat macam mana dah seronok dan tak pernah lihat pokok anggur la katakan.
Cuma bagi kami penduduk di sini, peluang membawa anak-anak ke kebun anggur pun seronok juga sebagai aktiviti hujung minggu mereka.
Di Cameron Highlands, terdapat satu lagi kebun anggur iaitu di Blue Valley yang juga dibuka secara bermusim. Saya belum sempat ke sana..
Malas nak layan jem di Brinchang dan ke atasnya..
Kemaskini November 2017:
Saya dah ke Ladang Anggur di Blue Valley bulan lepas semasa musim anggur di sana. Saya kongsikan catatan saya ke sana melalui Catatan LADANG ANGGUR DI BLUE VALLEY.
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment