Selepas PRU baharu ini, terdapat khabar angin yang mengatakan kawasan perniagaan sedia ada di Cameron Highlands akan dirombak dan dipusatkan di satu tempat.
Saya tak pasti keberkesanannya namun jika mampu mengurangkan kesesakan jalan raya akibat kawasan simpanan jalan digunakan untuk berniaga, saya menyokong.
Tapi yang tak pasti, adakah peniaga akan menyokong? Saya kira akan berlaku penentangan keras oleh peniaga dan DAP sebagai ADUN yang dipilih pasti akan merajai isu ini.
Pendek kata.. jangan sentuh kawasan perniagaan kami!!!
KUALA LIPIS - Sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi menyusun semula pusat perniagaan di Cameron Highlands agar lebih teratur, kata Anggota Parlimennya Datuk Seri G. Palanivel.
"Kerajaan akan menyediakan gerai yang moden dan serba lengkap supaya para peniaga mendapat tempat perniagaan yang lebih selesa.
"Selain itu kita akan turut menyediakan tandas, kawasan letak kenderaan dan lain lain kemudahan pelancong dan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jelai Datuk Wan Rosdy Wan Ismail di Kampung Kuala Koyan, di sini.
Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata sebanyak 600 gerai baharu akan dibina di kawasan tanah tinggi itu dalam masa terdekat.
Beliau berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) juga telah membina sebuah pusat pengumpulan hasil pertanian di pekan Brinchang bagi merancakkan lagi sektor pertanian di Cameron Highlands. - Bernama

No comments:
Post a Comment