TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, July 3, 2020

Bercuti di Cameron Highlands selepas PKP

PEKAN TANAH RATA

Trafik di Cameron selepas PKP

Memasuki PKP Pemulihan yang diumukan 2 minggu lalu, Cameron Highlands kembali dikunjungi Pelancong malah minggu lepas sangat padat sementelah mendapat gaji. 

Semua laluan utama dan juga laluan taman penuh sesak sejak hari Jumaat lagi. 

Saya sendiri ,merasai dan melihat sendiri kesesakan yang berlaku di mana trafik mulai terhenti dari Habu,sejauh 8 km untuk ke Tanah Rata. 

Manakala rakan saya yang datang dari arah Simpang Pulai pula memerlukan 3 jam untuk sampai ke Pekan Tanah Rata dari Kampung Raja. 

Sangkaan saya hanya akan sampai hari Ahad tetapi pada hari Isnin, masih ada kesesakan di laluan Brinchang ke Kea Farm yang memerlukan 2 jam 49 minit untuk saya ke Ipoh. Jadi saya menggunakan laluan Tapah untuk ke Ipoh yang memerlukan 1 jam 42 minit dari anggaran Google Maps. 

Selamat bercuti... 

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock