TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, August 18, 2018

Musim cuti sekolah dan Raya Haji dah bermula....


Musim cuti sekolah dan Raya Haji dah bermula....

Suasana di Cameron Highlands pukul 1 petang ni sudah mula dibanjiri pelancong.

Pesanan  saya pastikan anda mencari penginapan sebelum sampai. jangan last minute dan  merungut tak ada tempat atau mahal pula kadarnya.....

Atur lawatan anda ikut arah perjalanan anda. Jangan terlompat sana sini. Check in lewat pun tak apa tapi maklumkan pemilik apartment tu. Jangan terkinja-kinja  nak letak bag dalam apartment lepas tu nak patah  balik ke kawasan tarikan pelancong....

Berhemah  di atas jalan raya. Anda mungkin samseng di kampung anda tapi ramai  samseng kampung lain pun datang bercuti  di sini. Give and take ya.... 

Yang guna jalan Tapah yang siap dibina sejak 14 November 1930 tu kalau orang belakang nak potong, bagi la peluang kepada mereka. Usah kemut menyiput  di laluan berselekoh tapi jadi arnab memecut di laluan lurus. 

Kalau duduk  di apartment percutian tu jaga keharmonian penduduk tempatan yang dah rela atau terpaksa berkongsi kemudahan di sana. 

Jangan buat bising , jangan buang sampah di depan tangga, celah pokok bunga, depan lift dan paling  selalu terjadi buang sampah bawah kereta di parkir kereta pagi  esok dan lusa. Tak percaya tengok esok pagi. 

Buruk Dan busuk  perangai anda....pampers anak jangan selit dalam pasu  bunga atau pangkal  pokok... reti  buat anak dan beranak tak kan tak pandai nak urus berak anak....

Tambahan nasihat, singgah surau atau masjid tu jangan guna tempat ambil air sembahyang untuk urusan cebok anak dan pampers buat-buat terlupa  atas bendul tu. 

Kat Kea Farm tu cari parkir kereta yang free atau berbayar 3 ringgit aje tu. Jangan buat muka babi toyok selamba aje parkir di sepanjang garis kuning di laluan utama tu. Anda sebabkan jalan sesuai sampai ke Brinchang ! Saya doakan ada Lori gesel  kereta anda yang sempitkan jalan. Yang kena saman kalau berani kongsikan  di FB... nanti kami pakat maki berjemaah.

Yang dari arah Ipoh ikut Simpang Pulai  dan Gua Musang tu siapkan keluarkan duit awal2 sebab kalau anda terlepas ke Trigkap dan Kea Farm kawasan perlancongan tu, mesin ATM terdekat di Brinchang. 

Kiosk Dan kedai tak terima credit atau debit card . Menganga anak2 nak beli itu ini nanti.

ATM sebelum Tringkap tu adakah di Kampung Raja kerana ada bank-bank utama. Masakan tidak hampir 3 billion industri pertanian dijanakan dari sekitar kawasan ini.

Yang lain-lain selamat bercuti di Cameron Highlands.  Cuaca agak sejuk sekarang walau kurang hujan. Mulakan hari anda seawal mingkin.

Maaf sebab kena bebel.... cakap  ikut buku teks bukan nak rasa pun kan.... 

Selamat bercuti.. Saya pun nak bercuti jugak ni dan pastinya bukan di Cameron Highlands!!!

1 comment:

Normala Saad said...

Kami dah pi bulan lepas. Last pergi 2015 kalau tak silap. Dah banyak bangunan baru naik.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock