Pasar Kea Farm baru dah nak buka malah dah ada 6 unit gerai dibuka semalam.
Lokasinya seberang jalan aje Pasar Kea Farm yang lama. Masih boleh bau dan nampak sangat Lorong Pasar Kea Farm lama tu.
Selamat membeli belah di Kea Farm baru. Bila nak buka dan pindah semua gerai di sana kena tanya MD Cameron selaku majlis tempatan.
Adakah akan tertutup sepenuhnya gerai lama juga tanya mereka walau ada rumors hangat kedengaran. Sebaiknya kita jangan jadi lebih sudu dari kuah. Biarkan mereka yg berkenaan selesaikan. Kencaman ala 'idiot dan Idiot' tu simpan untuk diri sendiri aje ....
Adakah laluan lalulintas akan lebih lancar kita kena perhatikan nanti. Cuma jangan nanti Ada agensi terbabit jawab dalam FB pula suruh tanya Polis trafik lagi bila diajukan aduan trafik sesak padahal punca masalahnya gerai dibina atas bahu jalan baik haram atau halal tanpa tindakan menyebabkan trafik perlahan. Polis pula kena jawab.... kesian dan geram pula kita membacanya dulu.... anda ingat tak?
Adakah akan lebih bersih kawasan sekitar kena tengok jenis pelancong yg datang. kalau jenis monyet dan beruk yg datang melancong.. maka sama ajelah.... tepi jalan dan bawah kereta akan jadi tong sampah mereka.
Adakah harga akan lebih mahal? Tanya peniaga sana nanti sebab KPDNKK terdekat di Raub. Jauh nak pantau tu. seronoknya mereka kan....
parkir cukup? entahlah... Juga driver tegar nanti jangan pula upload gambar Surat saman mohon simpati netizen lepas kena saman parkir tepi jalan. Mangsa sebenar yg terperangkap dalam kesesakan 10 km disebabkan anda, tak perlu disimpatikan....
Banyak pula nak tanya kan??..selamat membawang ehhh selamat membeli belah....
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI