TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, June 28, 2018

Bicara Mufti di Cameron Highlands

saya kongsikan program ini  dari kanan Facebook Masjid Abu Bakar.

HEBAHAN

Sukacita dimaklumkan Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama pentadbiran ini akan menganjurkan Program Bicara Mufti Jelajah Masjid Peringkat Daerah Cameron Highlands pada 28 hingga 30 Jun 2018 bertempat di masjid-masjid dan surau sekitar Cameron Highlands.

Jadual program adalah seperti berikut :-

1) 28 Jun 2018 ( Khamis )
Kuliah Maghrib
Masjid Abu Bakar, Tanah Rata

2) 29 Jun 2018 ( Jumaat )
Kuliah Subuh
Masjid Kayangan, Brinchang

3) 29 Jun 2018 ( Jumaat)
Bicara Jumaat
Masjid Kg Kuala Boh, Pos Menson


4) 29 Jun 2018 ( Jumaat )
Kuliah Maghrib
Masjid Al Huda, Kampung Raja

5) 30 Jun 2018 ( Sabtu )
Kuliah Subuh
Surau Kg Taman Sedia, Tanah Rata

 Semua dijemput hadir. Mohon sebaran. Terima Kasih

Saturday, June 16, 2018

Salam Aidilfitri 2018


Saya mengucapkan: 
Salam Aidilfitri buat semua.
Saya mengharapkan:
Ampun maaf atas segala kesilapan
Saya mendoakan:
Kegembiraan dan kebahagian dalam sambutan kemenangan anda semua. 

Terima kasih kerana singgah di mrkumai.blogspot.com

Thursday, June 14, 2018

Adakah semua perniagaan ditutup semasa cuti sekolah dan raya ini?


Stesen Mardi tutup??? Yang lain macam mana. Jalan kosong la kami nanti..... 

Ini adalah pertanyaan yg saya terima selepas kongsikan status awal tadi... 

Jawapan saya mengikut rasa saya .. yg saya dengar aje la.. bukan lidah rasmi mereka2 ini:-

1. Bharat Tea Shop
Tak pernah mereka tutup sehari pun sepanjang saya ulang alik depan Tea Shop mereka. Cuma seingatan saya mereka tutup 3 hari sahaja dua tiga tahun lepas selepas imigresen serbu dan tahan semua pelayan warga asing mereka sebab salahguna permit kerja yakni pertanian bukannya perkhidmatan. 

Ini dikira kiosk 365 hari dibuka sama seperti KFC, MARRYBROWN, STARBUCK, UNIT KECEMASAN HOSPITAL SULTANAH HAJAH KALSOM, BOMBA , POLIS, PETRONAS, SHELL, MESIN-MESIN ATM, BAS EKPRESS, MAMU ISMAIL dan sewaktu dengannya. 

2. BOH tea shop.
Ikut penyataan operasi mereka adalah setiap hari kecuali Isnin. Kecuali yg lagi satu adalah cuti sekolah dan public holiday akan dibuka  setiap hari. 

3. Kea Farm
Pengalaman saya adalah majoriti peniaga  adalah berbangsa Cina dan kalau cuti tahun cina pun mereka masih buka inikan pula cuti raya puasa.

4. Big Red Strawverry 
Pemiliknya berbangsa India dan pekerjanya pun berbangsa asing dan campuran tempatan. 

5. Strawberry Taman Sedia 
Pemiliknya 100 peratus orang Melayu. Jadi saya tak pasti bukak ke tidak... cer komen Tuan Mohd Yusoff Satar... Ros Chalet dan yang lain-lain..... 

Itu sikit aje.. yg lain bagi orang berkenaan komen atau anda hubungi pihak terbabit untuk makluman rasmi..

Saya bukan saluran rasmi Tourismn Cameron ya....

Pasar Malam Cameron Highlands di cuti Hari Raya


PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS.

Saya ditanya adakah pasar Malam Cameron Highlands akan dibuka sepanjang cuti sekolah musim raya sekarang ni terutamanya selepas raya.... 

Saya tanya kawan saya yang kerja di MDCH .. dia kata memang dibuka. 

Cuma katanya sebelum raya tak ada orang... Hati raya pertama peniaga melayu yang meniaga makanan  tak buka lagi.. dan raya kedua dan seterusnya barulah peniaga Melayu akan berniaga. 

Kepada kawan saya tu saya ucapkan selamat bertugas di Pasar Malam tu... katanya sehingga malam raya keenam jadual tugasannya .... kipidap... anda semua wira yang tak didendang.... 

Jadi sebagai orang awam, kalau anda beli kuih muih tu, beli la satu untuk kawan kawan penguatkuasa MDCH yang tak cuti beraya bagi memastikan kawalan trafik di pasar malam tu lancar dan memudahkan semua pihak....  saya cadangkan aje.... moga ada yang menyokong.... 

Errrrr gambar atas ni  tak de kena mengena.. saya dah masuk raya tahun kedua tak singgah ke pasar malam tu .... tengok tv lebih beat dari layan jem nak ke sana.....

Stesen Mardi ditutup sehingga Rabu di musim cuti sekolah dan hari raya


Tadi pagi saya sempat ke Stesen Mardi sebelah tempat kerja saya dan tujuaanya nak bersalam raya dengan mana-mana kakitangan mereka yang masih bertugas. 

Dah jadi kelaziman sebagai jiran tetangga. 

Saya tanya berapa hari stesen MARDI akan ditutup sempena hari raya. Katanya sehingga Hari Rabu depan....

Jadi saya kongsikan maklumat ini kalau ada yang bercuti dan ingin ke sana kelak. 

Saya bukan kerja di Stesen MARDI Tanah Rata ya.. cuma jiran tetangga mereka sahaja.... 

Ada lagi ke Musim Anggur di Lembah Bertam?


Yang bertanya adakah ada lagi musim anggur selepas raya ni Kebun Anggur Lembah Bertam ? 

Saya bantu menjawab. Saya gagahkan diri tadi 2km dari tempat kerja saya ke sana dan jawapan yang saya temui adalah "Anggur Habis". 

Ini menepati jangkaan Untie pemilik Kebun Anggur masa saya ke sana 1 Jun yang lalu yang mengatakan sekitar 10-12 hari sahaja pengeluaran musim anggurnya kali ini. 

Harap maklum ya... semoga membantu perancangan cuti anda minggu depan....

Saturday, June 2, 2018

DRCC King of Mountain Challenge 2018


Acara Cabaran Raja Pendakian dari Ipoh ke Cameron Highlands anjuran Darul Ridzuan Cycling Club kembali bagi edisi 2018.

Kayuhan yang dijadualkan pada 9 December 2018 bermula do Symphony Suite Hotel ke Meiko Strawberry di Blue Valley Cameron Highlands melibatkan 5 kategori umur dengan basikal jalan dan basikal gunung. 

Run For Cherish 2018


Saya kongsikan acara larian amal yang dianjurkan oleh Rumah Cherish Cameron Highlands bersama Bharat Tea Plantation. 

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock