TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 20, 2016

Santai Pagi Cameron Riders bersama Ustaz Azhar Idrus

Cameron Riders berasa amat berbesar hati kerana berpeluang bersantai pagi sekitar 30 minit dengan Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus pada 16 Oktober 2016.


Biarpun perancangan asal adalah untuk berkayuh santai sekitar Pekan Tanah Rata sebelum bersarapan bersama tidak dapat dillaksanakan ekoran kekangan masa perjalanan pulang bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan, kesudian Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus untuk bersantai pagi amat kami hargai.

Sesi santai bermula dengan sembang pagi, mempelajari keunikan kayuharu serta yang tidak akan dilepaskan adalah sesi bergambar baik secara berkumpulan mahupun selfie.


Ternyata sikap sporting UAI sangat terserlah. Turut serta dalam sesi ini adalah sahabat kami, John dari Perancis yang dalam perjelajahan dunianya. John pernah singgah di Cameron Highlands ekitar bulan 4 yang lalu dan sempat menyertai Kayuhan Komuniti Lesen Gunung Brichang.

Sebagai simbolik juga, sesi santai ini diakhiri dengan perlepasan kayuhan santai oleh yang UAI dan seperti yang dikatakan.. "Insyallah , kita rancangan lain kali" ... untuk kayuhan santai bersamanya.

Terima kasih Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus...



* UAI berada di Cameron Highlands selama 3 hari untuk sesi kuliah di
dua Masjid di sini.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock