TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, October 2, 2016

Cameron Highlands di waktu cuti Awal Muharam 2016


Saya dok perati dan ikuti WhatsApp kawan-kawan Cameron dari malam semalam. Juga Facebook Cameron Highlands Group yang memang cepat kemaskininya. 

Saya tak perlu cakap lebih lagi kerana kesimpulan suasana cuti minggu ini di Cameron Highlands dah dijangkakan dari awal lagi. 

Bayangkan ... Cuti umum bersambung dengan cuti hujung minggu... kemudian lepas gaji maka jadilah seperti ini. 

1. Cameron Sesak teruk malah ada yang berpendapat Sesak paling teruk sepanjang tahun 2016.
2. Jalan sesak teruk sehinggakan 5 jam diperlukan dari Tringkap ke Brinchang, 20 minit untuk 100 meter, 2 jam ke Brinchang dari Tanah Rata. 
3. Hotel dan apartment full house sejak seminggu lalu.
4. Masjid jadi tempat tidur bagi yang tak dapat penginapan. 
5. Kereta jadi tempat tidur juga. 

Yang masih terjadi;
1. Bekalan air tak ada di beberapa lokasi. 
2. Jenayah pecah tayar kereta di parking Brinchang. 

Saya bagi tajuk dahulu. Esok lusa saya Cuba kongsikan perincian.

Selamat bercuti...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock