Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Rabu, 5 Oktober 2016

Kayuhan Santai Hari Sukan Negara Daerah Cameron Highlands 2016


Insyallah, bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Daerah Cameron Highlands pada 8 Oktober 2016 ini akan turut dianjurkan aktiviti Kayuhan Santai (Funride) sebagai salah satu acara.

Cameron Riders dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Cameron Highlands seperti tahun lepas sekali lagi akan berganding bahu sebagai penganjur dengan sokongan agensi-agensi tempatan.

Tiada had penyertaan untuk kayuhan santai edisi kali ini, namun hanya 100 peserta pertama yang tiba awal untuk mendaftar akan menerima sehelai baju khas Hari Sukan Negara dan berdasarkan siapa cepat dia dapat. 

Kalau datang lewat dapat juga, iaitu dapat tengok sahaja. Jadi kena cepat datang ya. Kami membuat pendaftaran terbuka semasa 8 Oktober 2016 ini seawal 7.45 pagi.



Lokasi pendaftaran adalah di Pejabat Belia Dan Daerah Cameron Highlands iaitu bersebelahan dengan padang MDCH yang juga sebagai lokasi perlepasan dan penamat. 

Kepada mana-mana peserta dari luar daerah, anda juga dialukan untuk bersama menyertai kayuhan santai ini.

Misi kayuhan kali ini adalah mencari 18 darjah... Ayuh, tayar bergolek pukul 8.30 pagi yaa...

Edisi sambutan hari Sukan Negara Daerah Cameron Highlands kali ini agak padat. Turut sama adalah penganjuran bertaraf antarabangsa iaitu Cameron Ultra yang bertaraf Antarabangsa melibatkan 1,300 peserta pelbagai negara menguji cabaran larian sejauh 11 km, 25 km, 50 km dan 100 km.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...