Pastinya kemuncak yang dinantikan oleh semua orang adalah untuk
melihat peserta kayuhan melintasi garisan penamat.
Suasana hujan yang hanya berlaku di Tanah Rata berbanding sepanjang
laluan sebelumnya menjadikan ianya lebih menarik kerana hanya di 3 km
terakhir hujan turun manakala gambaran lintas langsung di TV
menunjukan sehingga ke Bharat Tea tidak hujan.
Namun hujan bukanlah penghalang kepada semua penonton untuk beralih
mencari perlindungan malah kekal di tempat masing-masing.
Sebaik sahaja perserta pertama menuju dan melintasi garisan penamat,
sorakan gemuruh berterusan sehingga ke Majlis Penyampaian hadiah.
Malah pengacara majlis, Hafizal Hamad sendiri menyatakan kalau di
lokasi lain sebaik sahaja sebahagian pelumba sampai, sudah separuh
dari penonton akan mencari tempat berteduh.
keputusan peringkat ini kami telah kongsikan dalam catatan terdahulu.
Tahniah kepada semua pemenang dan penonton yang setia sepanjang
peringkat keempat ini.
Tahniah.
Untuk koleksi gambar sepenuhnya sila ke facebook mrkumai.blogspot
untuk album LTDL 2016 ini .
No comments:
Post a Comment