Saya ingin berkongsikan perkhidmatan menyewa basikal mtb kepada mereka yang ingin mengayuh basikal di sekitar Tanah Rata.
Tentunya ini satu pilihan yang baik kepada pengemar aktitivi berbasikal yang datang ke Cameron Highlands tetapi tidak mahu membawa basikal masing-masing kerana kekurangan tempat di kenderaan.
Basikal yang boleh disewa dengan kadar jam ini ditawarkan dengan jenis Fat Bike dan amat sesuai untuk kayuhan lasak.
Lokasinya di Hotel Meiko bersebelahan Ambank Tanah Rata atau sebaris dengan Pejabat Pos Tanah Rata.
Hubungi pemiliknya kerana saya sekadar berkongsikan maklumat perkhidmatan sewaan ini.
Namun dari notis yang ditampal, mereka menawarkan kadar sewaan RM 15 bagi jam pertama dan RM 10 untuk jam seterusnya atau RM 50 untuk sehari.
Saya sekadar berkongsikan maklumat sahaja. Jangan tanya saya untuk maklumat lanjut dan cara tempahan.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
1 comment:
Salam...nk tanye jika ditanah rata, selalunya berbasikal di kawasan mana dan ada ke kampung2 yg berdekatan yg boleh dilawato dgn berbasikal dr tanah rata..terima kasih
Post a Comment