TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, March 7, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: The LakeHouse

Jika catatan saya terdahulu berkongsikan mengenai Smoke House (DI SINI)  dan juga catatan Bala Chalet (DI SINI) menceritakan bagaimana antara bangunan terawal yang dibina di Cameron Highland dan kini merupakan penginapan ala kolonial yang amat popular, kali ini saya ingin melengkapkan kisah kembar mereka iaitu; 
The Lakehouse Hotel.   

Gambar terbaru minggu lepas semasa bersama kunjungan  VVIP ke tempat saya...

Sememangnya terdapat artikel yang mengelarkan ketiga-tiga hotel ini sebagai "The Three Majestic of Cameron Highlands". (Anda boleh membaca artikel ini yang dibingkaikan di Bala Chalet, cuma gelaran penuhnya betul ke tidak 'majestic'  saya tidak ingat)


Dibina sekitar 1935 atau awal 1940an, hotel ini sememangnya mempunyai kelas yang tersendiri dan pastinya antara pilihan hebat untuk mereka yang inginkan percutian ala kolonial tetapi persoalannya di sini adakah anda sanggup untuk membayar RM 720 bagi bilik termurahnya ataupun merasai sendiri suite yang berharga RM 1150 semalam. Tepuk dada tanya selera.. tanya poket dan bank jugak yee....
Gambar ini pada tahun 2008 atau 2009 yang sempat saya ambil 
Kedudukan hotel ini hanyalah di tepi jalan  utama antara Ringet ke Habu tetapi agak jauh jugak untuk ke Tanah Rata ataupun Brinchang iaitu sekitar 11 km jaraknya. 


Pemandangannya dahulu amat cantik kerana berhadapan dengan Tasik  Lubuk Tamang yang juga merupakan kawasan tadahan  empangan tetapi kini selalunya airnya tidaklah jernih kerana merupakan tasik hilir sungai. 


Ini merupakan tasik buatan untuk Empangan Sultan Abu Bakar yang dibina sekitar tahun 1950 an (Anda boleh melihat gambar pembinaan empangan ini yang lengkap dari awal pembinaan sehinggalah operasinya di Perpustakaan Awam Cameron Highlands dan catatannya ada di SINI)


Malah kalau tidak hujan sekalipun, airnya tetap keruh kerana aktiviti perkebunan di sepanjang alur huluan.  Ini memaksa pihak Tenaga Nasional Berhad melakukan kerja-kerja mengorek dasarnya setiap dua hingga tiga tahun dan tahun lepas sehingga sekarang, masih berlaku proses mengorek dasar empangan ini malah yang menariknya tahun lepas, keseluruhan tasik ini dikeringkan untuk kerja-kerja membersihkan terowong air di empangan ini).

Gambar saya di bahagian dalam hotel ini amat kabur kerana tidak membawa tripod untuk "long shutter shoot" tetapi anda bolek Klik Di SINI untuk laman web mereka ...KLIK   Lihat suasana biliknya yang sungguh menarik dan pakej yang mereka tawarkan.  Tapi ingat , tiada TV di dalam bilik kerana mereka inginkan anda berlegar di ruang tamu hotel sambil berdiang unggun api...


Kalau anda tak mampu untuk menginap tetapi ingin bersiar-siar di sini, tipsnya mudah, nikmati hidangan "high tea" dengan scone dan teh sekitar RM 25 per set dan anda boleh bersiar-siar di sana ataupun berehat dan membaca buku di tiga ruang tamu ala Enggerisnya. 


Selamat ke zaman kolonial ... seketika... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock