TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, April 6, 2020

COVID -19: Saringan dan kes terkini


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 236 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,241 kes (32.72 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 6 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,793 kes.

Sehingga kini, seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock