Mulai semalam adalah musim cuti tahun baru cina 2020 dan Cameron Highlands sekali lagi menjadi tumpuan untuk destinasi percutian.
Jika kawasan anda di bawah sana agak kering dan panas, cuaca di Cameron Highlands buat masa ini berada dalam keadaan kering tidak hujan namun sejuk dengan suhu boleh turun sehingga ke 14 darjah celcius pada waktu pagi dan malam.
Jadi ini pasti menjadi pilihan waktu yang terbaik jika anda inginkan cuaca yang sejuk, nyaman dan tidak hujan.
Apapun saya ucapkan selamat datang ke Cameron Highlands dengan pesanan Cameron Highlands dah cantik, jadi jangan kotorkan ia dengan membuang sampah dan melakukan vandalismn. Tapi saya percaya sesiapa sahaja yang mengakui I lOVE CAMERON pasti akan menjaga Cameron sebaik mungkin ... syabas..
Saya kongsikan peta Cameron Highlands yang dipasang oleh Majlis Daerah Cameron Highlands di setiap sempadan pintu masuk ke Cameron Highlands.
Jika anda masih mencari apartment percutian di sini untuk cuti anda, saya membantu mempromosikan perkhidmatan kawan saya dengan APARTMENT PERCUTIAN @ PRIMA CAMERON HIGHLANDS. dan ZAHRA APARTMENT
Boleh dijadikan antara pilihan penginapan di sini kelak. cubalah .. trylah .. testlah ...
No comments:
Post a Comment