TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, December 31, 2019

Cuti sekolah 2019 nak habis.


Cuti sekolah dah nak habis..
Maka legalah kami sebagai penduduk tempatan yang tanpa kepentingan ekonomi berkaitan industri perlancongan, orang biasa-biasa ajer..
Terima kasih atas kunjungan anda...
Terima kasih atas kerjasama anda...
Terima kasih atas toleransi anda...
Terima kasih atas penerimaan anda seadanya...
Maaf jika banyak terkurang ...
Maaf jika ada pahit dalam mengejar manis kenangan...
Maaf jika lebih berduka dari kegembiraan yang diharapkan...
Selamat pulang... silalah datang kembali jika ada kelapangan..
Nak kata kami menyambut dengan rela dan ikhlas tidaklah sepenuhnya tetapi dah adat berkampung di kawasan perlancongan tumpuan, 1.7 juta pelancong kami alu-alukan... membawa rahmat tanpa sedar... berkongsi istimewa sejuk dan damai bersama-sama.. seadanya.
Ucapan terima kasih juga kepada semua Encik dan Cik Polis yg menjaga keamanan dan juga kelancaran trafik baik dalam sejuk angin bertiup atau hujan menitik . Jugak kepada Pak Cik Makcik RELA juga...
Kepada semua petugas Alam Flora juga terima kasih.. tanpa pelancong sedar sehabis petang, kawasan tumpuan ditinggal bersampah sana sini, namun ketika mereka tidur, dalam kedinginan malam anda selesaikan .. esoknya yang datang dan baru sampai melihat kebersihan Cameron Highlands...
Terima kasih ya..

Nota Tambahan :
Jiika ada kekurangan dan cadangan silalah ajukan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands selaku pentadbir tempatan di sini.
Mereka pasti memerlukan maklumbalas dan cadangan daripada anda dalam perbincangan post mortem tahunan selepas cuti (jika ada) untuk menambahbaik kemudahan perlancongan di sini.
Jika mereka lakukan apa sahaja penambahbaikan, dapatlah kami sebagai penduduk tempatan menumpang nikmat bersama... Amin...

Sunday, December 15, 2019

16 ANGGOTA PPH TERKORBAN DALAM KEJADIAN SERANG HENDAP PENGANAS PKM

#InfoPeristiwa


Pada 17 Jun 1968, kira-kira jam 5.30 petang, konvoi batalion pertama Pasukan Polis Hutan (PPH) yang berpengkalan di Kroh (kini Pengkalan Hulu), Perak telah diserang hendap oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) ketika dalam perjalanan ke Betong, Thailand bagi menjalankan "Ops Sawade Salam". 

Konvoi yang melibatkan empat buah kenderaan polis itu bertujuan memperkuatkan pertahanan di Kem Betong, selepas menerima makluman awal ia bakal menjadi sasaran PKM. 

Sebaik pasukan konvoi yang diketuai oleh Inspektor Malik Arshad itu memasuki kawasan sempadan Kroh-Betong, pengganas PKM yang mengetahui pergerakan tersebut melepaskan tembakan bertalu ke arah mereka. 

Inspektor Malik dan kesemua anak buahnya segera membalas tembakan dan berjuang habis-habisan walaupun tiada tempat untuk mereka berlindung dari pihak musuh. 

Malangnya, serangan yang berlangsung lebih 20 minit itu menyaksikan seorang demi seorang anggota PPH rebah menyembah bumi.

Kedudukan dan strategi pihak musuh yang menyerang dari tiga penjuru bukit sewaktu pasukan konvoi melalui selekoh tajam, menyukarkan lagi pasukan keselamatan untuk mematahkan serangan mereka.  

Walaupun terdapat sebuah kenderaan konvoi lain yang dipimpin ASP Tan Hun Tiong berada hanya beberapa meter di hadapan, mereka tidak dapat membantu kerana turut diserang pihak musuh.

Peristiwa berdarah itu menyaksikan 16 anggota PPH terbunuh di tempat kejadian manakala Inspektor Malik dan 16 anggota lainnya mengalami kecederaan parah. 

Lebih menyedihkan, ada dalam kalangan mereka yang terkorban telah diseksa pihak musuh dengan dicungkil mata, dikerat tangan dan dipotong kemaluan. 

Serang hendap itu juga menyebabkan kenderaan pasukan rosak teruk dengan kesan tembakan musuh selain kesemua senjata, kelengkapan dan set komunikasi radio turut dirampas.

Ingin ketahui lebih banyak lagi informasi berkaitan sejarah dan artifak PDRM? Ayuh layari dan 'Like' FB Muzium Polis Diraja Malaysia!

Saturday, December 14, 2019

Perhatian kepada Marshall konvoi ke Cameron Highlands

Yang datang berkonvoi ke Cameron Highlands dan menggunakan marshall baik motorsikal kecik yang amat atau besor gedabak, kereta, lori,  basikal kecuali kereta terbang, jangan halang laluan trafik hanya untuk kesenangan konvoi anda...




Yang melihat kejadian, minta penumpang ambil video dan viralkan.... bagi mudah pihak berkuasa ambil tindakan seperti  kejadian ini di mana kepala monyet yang memandu kereta Kia Forte dan Myvi yang mungkin lesen besor dari negara pasir berdengung telah menghalang laluan di simpang semata mata nak lepaskan konvoi 17 ekor monyet mereka melalui simpang2. 

Di Cameron Highlands selalu berlaku... jadi kita viralkan.... kecuali kalau polis beruniform yang mengiringi mereka.... 

Patuhi arahan dan peraturan keselamatan ... pokok teh tetap di situ tak akan lari walau lambat sejam dua... strawberry pun banyak stok.. jagung cameron habis jagung chemor banyak lagi... cuma anggur aje kalau dah habis musim korang laju sepantas cahaya pun tetap dah habis....

Sunday, December 8, 2019

SCAM ALERT: PENIPUAN MENGGUNAKAN IDENTITI MAHKAMAH

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menasihatkan orang awam untuk berhati-hati agar tidak tertipu dengan sindiket penipuan (scam) yang menggunakan identiti mahkamah.

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sila layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik 'Like' untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini dari kami di:


#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama
#ScamAlert

ABU CHIN PENG: CELAKA DAN LAKNATLAH SELAMA-LAMANYA


Saya tak ada masalah langsung dengan abu chin peng yang nak di bawa masuk secara haram ke tanah kelahiran chin peng yang diakui secara haram juga, yang mana dia telah duduki secara haram juga melalui perang keganasan yang dia ketuai. Tetapi sebagai bekas Ketua Platun Harimau dan Ketua Jurulatih Platun Harimau dan the last breed atau generasi terakhir Platun Harimau atau Unit Combat Intelligence Squad (UCIS), saya wajib melontar rasa hati dan perasaan saya, demi nyawa dan darah anggota-anggota saya. Lebih-lebih lagi apabila 14 anggota kami termasuk dua orang jeneral terkorban dalam peristiwa helikopter NURI di Lundu, Sarawak yang sedang terbang ke Sematan bagi menutup Kursus Khas Platun Harimau yang mana saya adalah Pegawai Latihnya dan kursus khas dan rahsia ini semata-mata bertujuan memerangi pengganas komunis hingga ke lubang cacing. PARAKU adalah kumpulan pengganas komunis yang menjadi sasaran terakhir Platun Harimau selepas kami berjaya memerangkap UP Ke-6 di Semenanjung hingga tertangkapnya Chong Chor di Kuala Lumpur. Nyatanya chin peng telah menyebabkan negara berada dalam huru-hara, pembunuhan tidak berkesudahan, memusnahkan ketenteraman rakyat dan negara tidak membangun selama lebih dua dekad (1969-1989 First Emergency). Sejak awal lagi saya katakan 'no problem at all' dengan abu chin peng.

Jika 26 orang daripada 27 orang bangsa yang sama dengan dia yang dilahirkan pada tarikh yang sama dan di kawasan yang sama, boleh ada surat beranak sebagai bukti nyata rakyat Tanah Melayu tetapi kenapa hanya chin peng seorang sahaja atau 'the only one' yang tidak ada surat beranak? Kau faham ke tidak ni? 

Abu atau ketul tahi dia mungkin dibawa masuk secara haram ataupun secara terbuka dengan konvoi yang berjela atau beratus kilometer sekalipun oleh sesiapa sahaja atau pun dibawa masuk secara senyap-senyap. Buang atau taburlah dalam apa cara sekalipun, di mana sekalipun walaupun di atas tanah watan Tanah Melayu yang mana dia akui secara haram tanah kelahirannya tanpa sebarang bukti dengan sokongan rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab khususnya orang Melayu yang tidak sedar diri.

Taburlah di belantara yang menjadi saksi tak berbicara yang mana ia telah membunuh dan menzalimi ribuan perajurit tentera dan PDRM, dan juga penduduk yang tinggal jauh di pedalaman. 

Buanglah di lembah, di perbukitan gunung nan hijau yang di mana dia telah bersembunyi dan menyerang hendap kepada perajurit tentera dan polis.

Hanyutlah di muara atau lautan yang mana ia guna untuk datang secara haram.

Buang dan tabur dalam apa pun cara dan di mana pun lokasinya, langsung tidak membekas di hati saya. Nak tabur separuh di lautan dan separuh lagi di belantara, ikut suka kau lah. TETAPI yang menarik perhatian dan menjentik rasa kebencian saya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan sayangkan negara saya; ialah kepada mana-mana rakyat Malaysia atau individu atau institusi yang berada di belakang usaha jahat ini. Tindakan anda adalah satu penderhakaan tahap dewa dan cubaan berniat jahat berhati kaudu yang membusung busuknya. Tindakan anda sebenarnya cuba bermain api, cuba menghidupkan semula sebuah kumpulan pengganas, cuba menyuburkan kembali ideologi yang salah dan ganas yang mana moyang poyang kita telah haramkan.

Inilah yang menarik perhatian saya. Kenapa? 
Kerana ini adalah masalah maruah pejuang pasukan tentera dan polis.
Kerana ini adalah masalah negara sebenarnya.
Kerana ini adalah masalah keselamatan negara yang tercinta.
Maka kerajaan harus dan wajib menangani isu ini dengan lebih serius dan menghormati semangat perjuangan terdahulu. Jika tidak atau jika ia dibuat secara wewenang, maka 'may Allah bless you all in the next election'. 

Wahai Rakyat Malaysia yang tercinta,
Ketahuilah bahawa chin peng adalah ketua pengganas yang telah lama mampus. Ini termasuklah dengan Chong Chor, dan Cha Ku Teng.

Ketahuilah bahawa Parti Komunis Malaya adalah parti pengganas yang telah lama berkubur, yang telah memusnahkan kehidupan harmoni rakyat, yang cuba memusnahkan agama.

Nak sedih ke, atau nak rasa apa sekalipun dengan abu chin peng ni, ikut suka makcik kau lah tapi usaha membawa balik ke sebuah negara yang telah lama merdeka dan terang-terang menolak keganasan pengganas komunis; adalah satu cabaran. Ini kerana sebagai seorang anggota tentera, perjuangan saya dalam menentang pengganas komunis tidak pernah mati dan ia tidak akan mati-mati sampai bila-bila. Bacalah catatan perjuangan Tiger Platoon,  'the unsung warrior' dalam buku Platun Harimau misi 1 dan misi 2.

Jika kerajaan yang bertanggungjawab dan suka kepada keamanan tidak menawarkan proses serah diri atau apa sahaja nama yang ikut suka mak cik kau nak letakkan; nescaya di akhir tahun 1989, geng Platun Harimau  yang saya ketuai hanya beberapa langkah sahaja di belakang anda, akan menerkam dan menggempur anda habis-habisan dan jika ada peluang itu, akan saya pastikan tulang temulang dan daging anggota pengganas komunis berterabur cebisan demi cebisan di bukit, di gunung, di lembah waima lautan dan muara sekalipun.

Celaka dan laknatlah kau pengganas komunis dan sesiapa sahaja yang menyokong atau bersimpati dengannya. Saya juga berdoa agar semua puak-puak babi ini, tatkala musim hujan lebat ini, akan di panah petir. Biar hitam legam terbakar. Puihhhhhh. Cilanat.

Nota:
1. Abu ni hanya utk test ground shj. Grand Strategy dia ialah utk jadikan sambutan tahunan. 

2. Jgn sesekali sebarkan gambar2 mereka kerana itu yg mereka mahu. Cukuplah dgn tulisan shj.

LETUPAN LANDASAN KERETA API OLEH PENGGANAS PKM


#InfoPeristiwa


Pada 12 April 1956, sebuah landasan kereta api di Tapah, Perak telah diletupkan oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM). 

Letupan itu menyebabkan kepala sebuah kereta api bersama lapan gerabak barang yang sedang melalui landasan tersebut tergelincir. 

Pihak PKM telah menggunakan dinamit untuk meletupkan landasan tersebut dan ia merupakan kejadian kegelinciran kereta api paling dahsyat dalam sejarah darurat negara. 

Meskipun tiada kehilangan jiwa dan hanya tiga individu dilaporkan cedera, namun negara terpaksa menanggung kerugian lebih RM100,000 atas segala kerosakan yang berlaku. 

Tindakan PKM itu sebagai sabotaj bagi melemahkan sistem ekonomi dan perdagangan pemerintah, di samping menimbulkan rasa takut dan bimbang dalam kalangan rakyat dan pekerja awam.

Ingin ketahui lebih banyak lagi informasi berkaitan sejarah dan artifak PDRM? Ayuh layari dan 'Like' FB Muzium Polis Diraja Malaysia!

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock